Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pakaian yg diikatkan pd leher baju dan dibiarkan berjela ke hadapan; dasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ascot tietali leher askotKesenianTiadaTali leher lebar, hujungnya serong, diikat sekali di hadapan dan ditetapkan dengan pin. Diperkenalkan pada tahun 1876 di Eropah.
string tietali leher kupitKesenianTiadaTali leher yang tidak lebih daripada 2.5 cm lebar, biasanya berwarna hitam dan dipakai dengan ikat kupu-kupu.
hunting necktietali leher buruKesenianTiadaTali leher lebar yang hujungnya diikat dan dimasukkan ke dalam kot. Kesan dari ikatan itu akan membentuk tiga lisu di kiri dan kanan, popular pada tahun 1830-an.
incroyable bowtali leher kupu-kupuKesenianTiadaTali leher ikat kupu-kupu dari fabrik renda, dipakai oleh wanita pada tahun 1889.
cravatkravatKesenianTiada1. Tali leher lebar yang dipakai bersama dengan kot pagi oleh lelaki Barat.,2. Tali leher daripada lawn, muslin atau sutera yang diikat kedua-dua hujungnya dengan ikat kupu-kupu atau simpul biasa pada bahagian tengah hadapan dari 1660 hingga akhir abad ke-19, kadang kala dipakai bersama-sama kolar yang berkanji.,3. Tali leher yang dipakai oleh wanita bersama-sama kostum sukan pada tahun 1830-an.
fashion knitkait tali leherKesenianTiadaKaitan yang digunakan untuk membuat fabrik tali leher.
Byron tietali leher ByronKesenianTiadadipakai pada tahun 1840-an hingga 1850-an. Tali leher ini dinamakan sempena nama Lord Byron.
four-in-hand knot (necktie)simpul sentak (tali leher)KesenianTiadaTali leher daripada fabrik potong serong dan berlapik, diikat dengan menggunakan ikatan simpul sentak supaya bahagian hujungnya berjuntai dan bertindih. Diperkenalkan pada tahun 1890.
charvetsarvetKesenianTiadaFabrik tali leher yang lembut dan berkilat ditenun dengan reka corak siku keluang. Namanya diambil sempena syarikat Perancis yang pakar dalam pembuatan tali leher lelaki.
sailor's reef knotsimpul karang kelasiKesenianTiadaSimpul dubel biasa atau simpul persegi pada tali leher kelasi tentera laut Amerika. Digunakan pada tali leher lelaki dari tahun 1870-an, dan dipopularkan semula pada 1890-an.
12345

Kembali ke atas