Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengikat kain atau seluar, sabuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tali utk mengikat seluar dll supaya tidak terlucut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Adakah simpulan bahasa / frasa berikut betul selepas digandakan: 1. khabar angin --> khabar angin-khabar angin atau khabar-khabar angin ? 2. tali pinggang keledar .--> tali pinggang keledar-tali pinggang keledar atau tali-tali pinggang keledar? Terima kasih.Khabar angin boleh membawa makna satu atau jamak bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam ayat. Oleh yang demikian, simpulan bahasa khabar angin tidak perlu digandakan.

Tali pinggang keledar merupakan kata nama majmuk yang dieja terpisah (tali pinggang + keledar) dan hanya bahagian awal kata sahaja digandakan. Oleh itu, frasa yang betul ialah tali pinggang-tali pinggang keledar.
Tatabahasa09.05.2024
Selamat sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang keledar? Terima kasih.Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada bentuk fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk tali pinggang keledar. Walau bagaimanapun, tali pinggang keledar boleh juga disebut sebagai satu “unit” atau “sepasang tali pinggang keledar”, jika merujuk kepada dua unit tali pinggang keledar.Lain-lain31.12.2023
Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang?Pihak kami mencadangkan penjodoh bilangan bagi tali pinggang ialah utas.Istilah02.08.2009
Salam, apakah terjemahan untuk perkataan "stun gun" dan "stun belt". Terima kasih.Untuk makluman puan, istiah stun gun dan stunĀ  belt tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami untuk istilah stun gun ialah pistol pegun manakala stunt belt ialah tali pinggang pegun.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020

Kembali ke atas