Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lian] | تالين

Definisi : 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lian] | تالين

Definisi : 1 wayar atau kabel elektrik. 2 perhubungan tele­fon: Terdapat lima ~ ke pejabat itu. ~ terus perhubungan telefon yg tidak perlu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quarter wave linetalian suku gelombangKejuruteraanTiadaBahagian panjang suku gelombang bagi talian penghantaran terimbang [Zo] yang tereka bentuk untuk beroperasi sebagai peranti padan di antara talian-talian dengan aras galangan yang berbeza [Z1, Z2] supaya Zo2 = Z1Z2. Sinonim: bar suku gelombang [KE]
Rootes blowerpenghembus RootesKejuruteraanTiadaPenghembus berputar untuk menggerakkan udara pengalihudaraan melalui talian-talian paip yang panjang.
blindmembutakanKejuruteraanPetroleumMenutup talian atau talian aliran bagi mencegah berlakunya aliran. Penutupan ini boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara, antaranya termasuklah menggunakan injap, pengatur atau pengedap yang dipasang pada talian atau talian aliran berkenaan.
local networkrangkaian tempatanKejuruteraanTiada1. Rangkaian-rangkaian dalam loji yang tidak bersandar kepada litar-litar terpajak atau tersuis awam untuk membekalkan laluan-laluan penghantaran komunikasi data.,2. Bahagian rangkaian telefon yang dibentuk oleh telefon pelanggan, talian-talian ke ibu-ibu sawat tempatan dan ibu-ibu sawat tempatan itu sendiri. Ia berbeza dengan rangkaian sesalur yang merangkumi sekali ibu-ibu sawat sesalur dan talian-talian sesalur.
parallel transmissionpenghantaran selari;pemancaran selariKejuruteraanTiada1. Sistem penghantaran maklumat dalam komputer apabila aksara-aksara kata dihantar, biasanya secara serentak melalui talian-talian yang berlainan.,2. Penghantaran secara serentak bit-bit yang membentuk suatu aksara, sama ada melalui saluran-saluran yang berlainan atau frekuensi-frekuensi pembawa yang berlainan pada suatu saluran.
main linetalian utamaKejuruteraanPetroleumSinonim : talian pokok Talian paip yang terdiri daripada paip-paip bergaris pusat besar yang menghubungkan dua titik atau tempat yang berjauhan.
source stationstesen puncaKejuruteraanTiadaStesen pam di persimpangan talian paip untuk mengepam minyak dari talian paip utama ke talian paip cabang atau talian paip sisi.
dead linetalian matiKejuruteraanPetroleumSebahagian daripada kabel yang dinamakan talian gerudi, yang terentang di antara blok mahkota dengan sauh talian mati. ia dinamakan talian mati kerana ia merupakan bahagian talian gerudi yang tidak bergerak semasa penggerudian sedang berlangsung.
main linetalian utama; kabel utamaKejuruteraanTiada1. Talian utama: Talian paip besar yang menghubungkan medan minyak atau gas dengan loji penapis atau terminal pengangkutan.
spur linetalian cabangKejuruteraanTiadaTalian paip yang mengalirkan minyak dari talian pengumpulan ke talian utama.
12345678910...

Kembali ke atas