Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.li.bun] | تليبون

Definisi : sj puisi lama yg terdiri lebih drpd empat baris (biasanya terdiri drpd enam belas atau dua puluh baris) yg bersajak pd hujungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
talibun
Rujuk :puisi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALIBUN

TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri.  Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun’ atau `pantun setalibun’; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima.  Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap.

SASTERAKonsep
PUISI MELAYU MODENPUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun.SASTERAKonsep

Kembali ke atas