Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mam] | تمام

Definisi : Ar sempurna, selesai, tamat: apabila sudah ~ sembahyang itu, ia pun meminta doa kpd Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tamam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 

Kembali ke atas