Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.man] | تامن

Definisi : 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, bere­hat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bunga­an); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka per­pustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tem­pat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm pepe­rangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pe­ng­­in­dahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Pycreus nitens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : Mn ark rajin, betah, giat: ~ bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : 1 kebun yg ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan; kebun bunga. 2 ki tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. ~ bacaan a. ruang atau rumah tempat membaca buku. b. = ~ pustaka bilik atau bangunan tempat buku-buku bacaan dikumpulkan dan disimpan; perpustakaan. ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk tujuan penyelidikan, utk dipamerkan kpd orang ramai bagi tujuan pemelajaran, dsb. ~ didikan (bimbingan) kanak-kanak tempat mendidik kanak-kanak (biasanya yg berumur antara empat hingga enam tahun). ~ hiburan tempat orang pergi bersuka ria. ~ hutan ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. pertamanan hal yg berkaitan dgn taman; urusan menyelenggarakan taman: Usaha ditum­pukan pd penghijauan dan ~ di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Taman lipur di Pulau Tioman,
     Rumput kering lepas ditajak;
Terpisah sudah dara idaman,
     Runtuhlah tiang tempat berpijak.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
     jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Bermaksud :

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan?Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian.Ejaan31.05.2012
Apakah padanan untuk "flowerbed" atau "flower bed" yang merujuk kepada kawasan tanaman bunga di keliling air pancut atau taman-taman bunga. terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah flower-bed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah02.08.2023
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih.Jawapan yang betul:
a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas
b. Taman Industri Gambang
c.  Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Istilah11.02.2014
Salam. A) Ibu menanam bunga di taman. Ibu menanam pokok bunga di taman. Ibu menyiram bunga di taman. Ibu menyiram pokok bunga di taman. Manakah ayat yang tepat? B) Ibu tanam sayur di kebun. Bolehkah guna " tanam " dalam ayat?Ayat yang betul ialah   1). Ibu menanam pokok bunga di taman; 2). Ibu menyiram pokok bunga di taman. 3). Ibu menanam sayur di kebun. (kata kerja  "taman"  mendapat awalan meN- iaitu "menanam"  yang membawa maksud melakukan sesuatu)
(
Tatabahasa20.09.2020
Taman Kanak-kanak atau taman kanak-kanakFrasa dan ejaan yang betul ialah "taman permainan kanak-kanak".Tatabahasa14.06.2011
Taman Ria DisneyView Profile Actions 2:49PM Taman Ria Disney Taman Salam. Saya masih kurang faham dengan penggunaan 'dalam kalangan' dan 'di kalangan'. Menurut laman web DBP, kedua-duanya boleh diterima pakai. Namun ada juga komen yang mengatakan 'dalam kalangan' lebih tepat dari segi penggunaannya. Harap bantu. Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Moga ia membantu anda untuk memahaminya.Tatabahasa16.06.2016
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan Pemajuan. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses pemajuan cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih.Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut.Lain-lain12.12.2014
Taman Kampung Kolam JayaSila nyatakan soalan dengan lengkap. Sekiranya tuan/puan hendak membuat permohonan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my.
Lain-lain25.05.2021
TAMAN PERINGATAN NIAN EN تامن ڤرايڠتن نيان اين SILA SEMAK EJAAN, TERIMA KASIH.Ejaan ini betul: تامن ڤرايڠتن نيان اين . SILA pastikan EN di sini bunyi "e" seperti endah, jika bunyi "e" seperti encik ejaan yang betul ialah ان
.
Ejaan08.08.2017
TAMAN KAMPUNG KOLAM JAYA (BANNER)Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
 
Lain-lain06.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas