Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba/] | تمبق

Definisi : 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak mem­buat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; ~ gunung menggarami laut prb mem­beri pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak di­buatnya ~ di seberang sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : Br dapur berbentuk segi empat yg dibuat drpd tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : ~ dapur sj ikan laut, Parastromateus niger. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : 1 timbunan tanah dll utk me­nahan air; bendung. 2 jalan dsb drpd timbunan tanah dll yg dibina menyeberangi selat dll: ~ Johor. menambak 1 menimbuni sesuatu dgn tanah dll supaya tinggi: ~ paya. 2 menimbus lubang dgn tanah, pasir dll: Tempat-tempat yg berlubang dan yg lekuk ditambak dgn tanah. 3 membuat atau membina tambak pd sesuatu; membenteng dgn tambak: Mereka ~ tebing sungai dgn tanah. penambakan perihal atau perbuatan menambak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambak (kata nama)
Bersinonim dengan benteng, tembok, bendungan, tebat, empangan, ban, daik, permatang, tanggul, gili-gili, embarau, padak, ambak, dinding, bakut, buruj;,
Kata Terbitan : menambak,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
causewaylaluan tambakKesenianSeni BinaJalan raya atau laluan kereta api yang dibina di suatu kawasan berair yang luas atau di tanah lembap. Laluan tambak dibina dengan membuat tambakan tanah, pasir atau batu. Pembetung digunakan sebagai pembukaan pada tambak untuk menghubungkan kawasan berair di kiri dan kanan. Struktur tambak berbeza dengan jambatan kerana tambak disokong oleh tanah, pasir atau batu yang dilapiskan terus di atas permukaan tanah asal.
postdam areakawasan tambak belakangPerubatanTiadaKawasan pertemuan lelangit keras dan lembut di pinggir posterior dentur, tempat tambak belakang untuk dentur atas biasanya diposisikan.
postdamtambak belakangPerubatanTiadaAlur di pinggir posterior dentur, mengganjakkan sedikit tisu lembut yang menutupi lelangit, untuk memberi pengapan yang lebih baik di kawasan ini dan menambah pegangan dentur.
embankmentbenteng; tambakFizikTiadaTiada
lake ramparttambak tasikGeografiTiadaTiada
causewayjalan tambakGeografiTiadaTiada
embankmentbenteng; tambakGeografiTiadaBenteng yang dibina di sepanjang tebing sungai bagi tujuan mengawal limpahan tebing.
lake ramparttambak tasikGeologiTiadaPermatang bak tembok di sepanjang pesisir tasik yang terdiri daripada bahan kasar tak terkonsolidat.
beach filltambak pantaiPerikananTiadaTiada
embankmentbenteng; tambakPertanianTiadaTiada
12345

Kembali ke atas