Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : I lubang yg digali utk mengambil hasil bumi (emas, bijih timah, minyak, dll), lom­bong; ~ besi lombong besi; ~ emas lom­bong emas; barang-barang ~ bahan galian dr bumi (besi, emas, arang batu, dll); menambang menggali hasil bumi dr tanah, melombong (bahan tambang); pertambangan segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kende­raan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: ke­­pulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg mem­bawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. pe­num­pang atau muatan kenderaan dgn mem­bayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. meng­angkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyebe­rang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (me­nam­bangkan); penambang orang yg mengangkut penum­pang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : Jk tali yg besar utk menambat binatang pd pokok (tiang dll); ~ manuk simpul manuk; menambang ki tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula menceraikannya), meng­gan­tung tidak bertali; menambangkan; ~ layar mengembangkan layar dgn tali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : lubang yg digali utk mencari emas, bijih timah, minyak dll; lombong: ~ besi; ~ emas. menambang menggali hasil bumi (spt emas) dr tanah; melombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : 1 = wang ~ wang yg di­bayarkan utk membawa barang, penumpang dll dgn kenderaan; sewa yg dibayar kerana menaiki kereta dll: ~ bas lebih murah drpd ~ teksi. 2 se­suatu yg digunakan utk membawa penumpang (mengangkut barang dll): kereta ~; sampan ~. menambang 1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb. me­nambangkan 1 menyewakan ken­­­­­deraan tambang kpd orang lain. 2 membayarkan wang tambang utk orang, barang dll yg dibawa oleh kenderaan tambang. penambangan perbuatan, hal dsb menambang atau menambangkan. penambang orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris Tambang SariKeris Tambang SariKerisTiadaKeris yang mempunyai tiga belas atau lima belas keluk.
wireline clamppengapit talian dawaiKejuruteraanPetroleumPeranti mekanikal yang digunakan untuk memegang tambang dawai supaya berdekatan atau melekat pada tambang utama atau tambang yang lebih besar dalam operasi talian dawai supaya melicinkan pengendalian operasi berkenaan.
peak faretambang puncakPelanconganTiadaTambang yang dikenakan semasa musim kemuncak yang biasanya lebih tinggi berbanding dengan musim biasa.
conditional faretambang bersyaratPelanconganTiadaTambang penerbangan yang menjamin tempat duduk pada penerbangan seterusnya, sekiranya penerbangan semasa penuh.
back freighttambang muatan balikEkonomiTiadaTambang barang-barang yang dihantar balik dari pelabuhan tempat tuju ke pelabuhan asal atau ke pelabuhan lain.
advance freighttambang muatan pendahuluanPelayaranTiadaTambang muatan yang dibayar apabila pembawa atau ejen mengeluarkan bil muatan asal.
winter faretambang musim sejukPelanconganTiadaTambang pengangkutan yang murah ke destinasi pelancongan semasa musim sejuk.
back freighttambang muatan balikUndang-undangTiadaTambang barang-barang yang dihantar balik dari pelabuhan tempat tuju ke pelabuhan asal atau ke pelabuhan lain.
companion faretambang temanPelanconganTiadaKadar bayaran tambang pengangkutan yang dikenakan kepada teman pengiring. Sinonim companion rate.
agent special faretambang istimewa ejenPelanconganTiadaTambang khas yang diberikan oleh syarikat pengangkutan kepada ejen pelancongan.
123456789

Kembali ke atas