Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bur] | تمبور

Definisi : 1. sj alat muzik (Eropah) yg dipukul, dram, genderang; 2. = tukang ~ pemain (pe­mu­kul) genderang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bur] | تمبور

Definisi : Tr apa yg dihidangkan kpd tamu, jamuan; ® tambul I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bur] | تمبور

Definisi : alat muzik spt gendang yg kedua-dua belahnya dipukul; gen­derang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambur


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tambur Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tontog Rgsejenis tambur kecil.Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karatung Kd Tmsejenis tambur kecil.Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igal-igal Bj Spsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari.Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan.Tarian Hadiah untuk PengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabawan Bj, Slsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan muzik kulitangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau “tambul” dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Oleh sebab Tarian Tabawan amat menarik perhatian rakyat Sabah, maka tarian berkenaan merupakan acara yang harus dipersembahkan pada acara-acara majlis keramaian seperti perkahwinan, menyambut ketibaan orang kenamaan dan sebagainya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambul Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas