Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : sakit ~ sakit campak; tampek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : 1 tidak terlindung; kelihatan: Di sana sini ~ pohon kelapa. 2 me­nunjukkan diri di khalayak ramai; muncul: Sudah seminggu dia tidak ~. ketampakan ist keadaan setakat mana atau sejelas mana sesuatu dpt dilihat dlm keadaan tertentu: ~ yg kurang drpd satu kilometer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elevationtampakKesenianSeni BinaPandangan bangunan yang dilihat dari satu kedudukan tertentu. Pandangan ini ialah pandangan yang biasa digunakan untuk menggambarkan penampilan luar sesebuah bangunan. Ia juga menjelaskan bahan dan penyelesaian menyeluruh yang digunakan pada sesebuah bangunan, di samping menjelaskan ukuran bangunan dibandingkan dengan bangunan atau konteks sekelilingnya. Tampak terbahagi kepada beberapa kategori seperti tampak hadapan, tampak sisi dan tampak belakang, biasanya merujuk kepada arah petunjuk kompas.
frontispiecetampak perdanaKesenianSeni BinaLihat tampak utama.
visible imageryimej tampakAeroangkasaTiadaImej satelit yang dideria dalam spektrum tampak. Sinonim: visual imagery
frontispiecetampak utamaKesenianSeni BinaPandangan utama sesuatu bangunan yang direka bentuk khusus berbanding dengan bahagian lain bangunan tersebut disebabkan kedudukannya di tapak.�Ia boleh juga merupakan kombinasi beberapa elemen yang menghiasi atau membentuk sebahagian daripada tarikan utama sesebuah bangunan.�Tampak utama tidak semestinya melambangkan jalan masuk utama ke bangunan. Sinonim tampak perdana.
astrometric companionrakan astrometrikMatematikTiadaRakan bintang tampak yang tidak kelihatan yang disingkap kewujudannya melalui cerapan perubahan yang berlaku pada pergerakan sebenar bintang tampak.
ultraviolet visible UV/Vis spectrophotometerspektrofotometer ultraungu tampak (UV/Vis)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk menentukan sebatian kimia dengan mengukur penyerapan cahaya yang merentasi ultraungu dan cahaya tampak.
cirrostratussirostratusMeteorologiMeteorologi PerhubunganGenus awan, tampak seperti kerudung putih, biasanya berserabut, tetapi kadang-kadang rata dan mungkin menutupi langit keseluruhannya; sering menghasilkan fenomena 'halo', sebahagian ataupun sepenuhnya. Kadang-kadang tampak berpita-pita tetapi di antara pita terdapat kerudung awan yang lebih nipis. Tepi kerudung sirotratus sering berbentuk tidk teratur dan bertepi tirus, tetapi juga mungkin lurus dan jelas. Terdapat hablur ais dalam awan yang cukup besar untuk jatuh sehingga kelihatan seperti serabut. Sirostratus kadang-kadang nipis dan lut cahaya hingga hampir-hampir tak dapat dikenali, terutama apabila melalui kabut atau pada waktu malam. Sirostratus dihasilkan daripada penggabungan unsur-unsur sirus; atau sirokumulus; atau altostratus. Singkatan Cs.
meteorological rangejarak meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak tampak sesuatu sasaran yang ukurannya konsisten secara empirik. Konsep ini diwujudkan bagi menghapuskan nilai ambang kontras dan lar penyesuaian, yang kedua-duanya berbeza antara seorang pemerhati dnegna seorang pemerhati lain. Jarak meteorologi V1, diperoleh daripada rumusan jarak tampak untuk sasaran hitam, iaitu: 1 V1 = = V1 dengan ialah had kontras ditetapkan kepada nilai 0.02. Jadi V1 ialah hanya fungsi pekali pemupusan atmosfera pada masa dan temat pengukuran dilakukan.
conspicioustampak jelasGeografiTiadaTiada
sectional elevationtampak keratanKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas