Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pan] | تمڤن

Definisi : 1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; po­tong­­an badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawa­kan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ se­orang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gela­gat­nya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh diper­cayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : menampan menahan (perjalanan, aliran, pergerakan sesuatu), menghalang, menyekat; tertampan tertahan, tersekat, terhalang; penampan sesuatu yg menampan, penahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : ® tetampan I, penampan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : I 1 elok rupanya atau elok sikap­nya; kacak; segak: Potongan badan­nya cukup ~. 2 sesuai benar; layak; cocok: Beliau ~ menjadi tentera. Tiada ~ dia berlakon sbg ibu. menampan 1 mencuba-cuba pakaian dll. 2 menghias diri, rumah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.pan] | تمڤن

Definisi : ; menampan menahan pergerakan atau aliran sesuatu; menye­kat; menghalang. tertampan tertahan atau tersekat pergerakannya; terhalang. penampan sesuatu yg menampan; penahan; penyekat; penghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampan (adjektif)
1. Bersinonim dengan segak: cantik, lawa, jelita, rupawan, juita, kacak, molek, ranggi, anggun, manis, menarik, indah, elok, ayu, bergaya, berupa, mongel, gambang, kirana, laksemi, jambu, jombang, apas,
Berantonim dengan hodoh

2. Bersinonim dengan layak: cocok, sesuai, padan, patut, kena, pantas, cekap,

Kata Terbitan : tampannya, tampan-tampannya, ketampanan,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tampan sudah, langgam terbawa.Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angkuh terbawa, tampan tertinggal.Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas