Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan] | تن

Definisi : ukuran berat yg bersamaan dgn 2240 lb (1016.05 kg) di Britain dan 2000 lb (907.19 kg) di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan] | تن

Definisi : Mn singkatan bagi sutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan] | تن

Definisi : Jw kep tidak; ~ ada tidak ada; ~ beza tidak berbeza. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan] | تن

Definisi : ; ~ Sri gelaran bagi orang yg di­anugerahi bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan] | تن

Definisi : satuan ukuran berat yg beratnya 2,240 paun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan] | تن

Definisi : ist kep tangen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya.1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan                                                                        2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul  (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah                             3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul.                                                                                                             4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul       (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya.Tatabahasa23.07.2008
Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan

Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama.

Lain-lain03.02.2011
Assalamualaikum tuan/ puan, Setahu saya gelaran Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas. Bagaimanapun saya keliru untuk menggunakan pada dialog. Sama ada pangkala awalan itu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri," kata Dian. Tan Sri atau tan sri? Sebab tiada nama selepas perkataan tan sri itu Harap pihak tuan/ puan dpt membantu kekeliruan ini. Terima kasih.Nama  gelar  Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin adalah merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar.  Contoh penulisan nama gelar  Tan Sri dalam ayat  ini betul, "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri", kata Dian.  Ejaan21.08.2017
Salam, Adakah penggunaan perkataan seperti datuk, datin, tan sri ataupun puan sri di dalam sesuatu dialog itu dikira sebagaikata nama khas? Cthnya: "Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri." adakah perkataan tan sri pada dialog di atas merujuk kepada kata nama khas atau kata nama am sepertimana nama panggilan mak long, pak su dsbGelaran seperti  Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar.  Contoh penulisan nama gelar  Tan Sri dalam ayat ini ialah ""Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri", kata Dian.  Lain-lain24.11.2021
Salam Sejahtera, Mohon penjelasan terjemahan yang betul bagi pengukuran berat 'TONNE' samada menggunakan 'TAN' sahaja atau 'METRIK TAN'. Terima kasih.Berdasarkan istilah yang dirujuk, jawapannya ialah tan.Istilah16.02.2009
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu sayaSusunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab.Tatabahasa13.03.2013
Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih.1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan."

2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran."
Tatabahasa02.03.2020
SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA.Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul.Tatabahasa04.04.2012
Dalam Matematik, istilah "arctan", "arccos" dan "arcsin" digunakan untuk menerangkan songsangan nisbah trigonometri tan, kos dan sin. Apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk arctan, arccos dan arcsin ini?Padanan bahasa Melayu bagi istilah arc tan - lengkuk tan, arc cos - lengkuk kosinus dan arc sin - lengkuk sin.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.11.2022
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas