Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanah yg bercam­pur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAWA

Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung

yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi

lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan

lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang

telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai

gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan

utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh

dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang

keseluruhannya diselimuti oleh gambut.

Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan

Scotland.

UMUM 
TANAH PAYA ALLEN

Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970

kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau

dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly,

dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin

dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen

janakuasa tertentu.

UMUM 
MOOR

Moor ialah kawasan tanah lapang yang tidak

diusahakan. Lapisan gambut yang biasanya basah

meliputi sesetengah moor. Perkataan “moor”

sering digunakan kepada moor di Scotland dan

lain-lain bahagian di Kepulauan British, tempat

heather tumbuh dengan banyaknya. Tetapi

terdapat juga moor di barat laut Eropah dan

Amerika Utara.

Selain daripada heather, tumbuh-tumbuhan

kawasan moor termasuk gorse, resam dan

berbagai-bagai rumput. Pokok jarang didapati.

Banyak moor menjadi rawa di kawasan rendah.

UMUM 

Kembali ke atas