Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT

Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan

apabila seseorang menembak cakera tanah liat

yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak

cakera tanah liat menggunakan senapang patah

yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira

500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak

lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang

dinamakan perangkap melemparkan cakera ke

udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer

sejam.

UMUM 
TANAH LIAT

Tanah liat ialah bahan yang terdapat di dalam

kebanyakan jenis tanah. Ahli geologi mentakrif

tanah liat sebagai zarah tanah yang sangat kecil,

yang diameternya berukuran kurang daripada

empat mikrometer. Perkataan tanah liat juga

merujuk kepada bahan bertanah, yang terdiri

daripada jenis mineral silikat tertentu, yang telah

pecah disebabkan luluhawa.

UMUM 
KELIKIR

Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan

zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang

30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul

batuan yang lebih kasar, atau lebih besar

daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua

milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat

membentuk selebihnya kelikir, biasanya

membentuk 50 hingga 70 peratus daripada

keseluruhan jisim.

UMUM 
MEERSCHAUM

Meerschaum ialah tanah liat putih yang lembut, bergentian, atau berkelupas. Para pengilang menggunakan meerschaum untuk membuat paip tembakau. Meerschaum juga dikenali sebagai sepiolit. Meerschaum sangat ringan hingga boleh terapung di atas air.

UMUM 
KAOLIN

Kaolin ialah tanah liat putih melepak yang dibuat

daripada feldspar yang telah terurai.

UMUM 
DELFT

Delft ialah sejenis barang tanah liat yang

dibuat pada akhir tahun 1500-an dan

berkembang sehingga pertengahan tahun

1700-an. Ia dinamakan demikian sempena

nama bandar Delft di Belanda, iaitu pusat

pengeluarannya

UMUM 
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
OKARINA

Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis

wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang

dibentuk dengan acuan atau plastik, dan

berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh

daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali

bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth

piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan

pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina

mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi

membolehkan pemain bermain skala yang mudah.

Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali,

mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat

berbentuk seperti okarina telah ditemui pada

zaman China purba.

UMUM 
POTTERIES

Potteries ialah nama daerah di utara

Staffordshire, England, yang terkenal dengan

pembuatan barangan tembikar dan tanah liat.

UMUM 
MARL

Marl ialah nama biasa bagi batu lumpur berkapur,

iaitu sejenis batuan yang mengandungi amaun

tanah liat dan kalsit atau dolomit yang hampir-

hampir sama.

UMUM 
1234

Kembali ke atas