Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Tanah tinggi tanah permatang, Tempat tumbuh kayu meranti; Patahlah hati hamba meminang, Adik menjauh membawa diri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ba' Kalalan tanah tinggi, Bawa dgangan di pasar Miri; balang Makat gelaran tertinggi, Gelaran diberi kepada menteri,Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kalau buluh tinggi di tanah, Yang diambil dicelis-celis; Kalau bodoh tinggalkan di rumah, Yang cerdik masuk ke majlis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari Kedah ke Tanah Liang, Tinggi pasir Kuala Patani; Pintu terdedah sampai siang, Apa taksir pada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mengapa jalan makin mendaki, Payahlah kaki untuk melangkah; Menapa bulan semakin tinggi, Patahlah hati pungguk di tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas