Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.na.man] | تانمن

Definisi : 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.na.man] | تانمن

Definisi : tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanaman

Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sokong membawa rebah.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dilakikan[di.lA.ki.kAn]kata adjektifberkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan.Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam.[]Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam.
selongket[s«.loN.ket]kata kerjamembongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan.Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi.[A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi]Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi.
penglong[p«N.loN]kata namaalat penyiram tanam-tanaman yang dibuat daripada tin atau plastik.Tesumbat pulak penglong aku ni, patut le ae tak keluau.[t«.sum.bAt pu.lA/ p«N.loN A.ku ni pA.tut l« Ae tA/ k«.lu.wAw]Tersumbat pula alat penyiram air aku ini, patutlah air tidak keluar.
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?

Kembali ke atas