Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.na.man] | تانمن

Definisi : 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.na.man] | تانمن

Definisi : tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanaman

Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sokong membawa rebah.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada persoalan berkaitan istilah yang digunakan dalam pertanian atau tanaman makanan. Istilah manakah yang tepat untuk digunakan antara dua ini: media tanaman atau medium tanaman? Sama juga untuk media semaian atau medium semaian? Sekiranya dilihat maksud "media" digunakan dalam bidang komunikasi atau perhubungan. Medium pula dirujuk sebagai bahan yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Minta pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Istilah yang betul ialah medium tanaman dan medium semaian. Media tanaman merupakan istilah lama, manakala medium semaian memang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah02.06.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi? Sebab saya cari di carian umum tetapi tiada dalam rekod. Adakah ejaan saya salah?Menurut daripada istilah pertanian, ejaan yang betul ialah fertigasi yang bermaksud sayuran atau buah-buahan yang melibatkan pengairan titis, yang digabungkan dengan pemberian nutrien bersama-sama air yang dibekalkan kepada tanaman. Tanaman ini menggunakan pasu dengan media yang boleh menyimpan air seperti sabut kelapa atau gambut.Ejaan11.05.2020
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Dia tercabut tanaman yang dia tanam. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". Tatabahasa28.03.2022
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.
Tatabahasa14.10.2013
Ayat yang manakah betul? A. Ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. B. Ibu menghiasi halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik.
Tatabahasa22.05.2017
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali.

Saudara Waypenglee,

Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut:

i. subur  ii.  penuntut  iii.  sangat tenang sekali

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

 

 

 

Tatabahasa09.06.2009
Pergi siramkan air pada tanaman. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah "Pergi siramkan tanaman." Tidak perlu lagi meletakkan "air" dalam ayat tersebut kerana perkataan siram sudah membawa maksud mencurahkan air.Tatabahasa30.08.2022
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". Tatabahasa16.10.2022
Pergi siramkan air pada tanaman. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah Pergi siramkan tanaman.Tatabahasa30.09.2022
Salam tuan di talian, Penggunaan perkataan banyak yang manakah dalam ayat contoh di bawah. 1. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang banyak mempunyai kegunaan kepada kita. atau 2. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Saya pendapat bahawa ayat 1 betul kerana mengikut hukum DM, perkataan lain tidak boleh disisipkan antara sesuatu perbuatan. Minta komen pihak tuan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita kerana kegunaan itu yang banyak bukannya mempunyai yang banyak.Tatabahasa19.06.2012
1234

Kembali ke atas