Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.na.man] | تانمن

Definisi : 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.na.man] | تانمن

Definisi : tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanaman

Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sokong membawa rebah.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyculturepolikulturPertanianAgronomi

Berkaitan ladang yang mempunyai pelbagai jenis tanaman dalam satu kawasan. Corak polikultur termasuk tanaman selingan, tanaman pelbagai, tanaman selangan, tanaman berganti dan tanaman mengikut alur. Polikultur dapat meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih berkesan. Polikultur juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan serangan perosak berbanding tanaman monokultur. Selain itu, polikultur dapat mengurangkan risiko turun naik harga sesuatu hasil. 

cropping systemsistem tanamanPertanianAgroteknologiKaedah penanaman tanaman dari segi penyusunan tanaman pada sebidang tanah atau dalam tempoh masa tertentu. Terdapat banyak sistem tanaman yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian iklim, sumber tanah, jenis tanaman dan matlamat perusahaan tanaman tersebut. Satu contoh ialah tanaman tunggal saka seperti kelapa sawit, kelapa, getah dan buah-buahan yang ditanam secara bersendirian. Bagi tanaman seperti kelapa juga, sistem tanaman berganda boleh diamalkan yang melibatkan tanaman koko berselang dengan barisan kelapa. Sistem tanaman berganda dapat menggunakan sinaran matahari dan sumber tanah dengan lebih berkesan. Selain itu, terdapat juga sistem tanaman bergilir yang melibatkan tanaman jangka pendek secara bergilir seperti jagung yang ditanam selama 4 bulan diikuti dengan tanaman kacang tanah selama 4 bulan. Tujuan sistem ini adalah untuk membolehkan tanaman kacang memulihkan kandung nitrogen dalam tanah selepas tanaman jagung dijalankan. Selain sistem ini, terdapat juga sistem tanaman tanpa tanah (hidroponik) dan sistem fertigasi yang diamalkan untuk tanaman bernilai tinggi dalam persekitaran terkawal.
watering of orchardmasaqahEkonomiEkonomi IslamUsaha sama pengurusan tanaman yang dilakukan antara pemilik tanaman dengan penjaga tanaman. Pemilik tanaman akan menyerahkan tanaman atau pohon miliknya kepada orang lain yang akan menjaganya. Penjaga dikehendaki melaksanakan semua kerja berkaitan penjagaan tanaman seperti kerja pembaikan ladang, pengairan, menggembur tanah, memotong dahan dan memetik buah. Upah yang dibayar kepada penjaga adalah berdasarkan agihan hasil tanaman.
crop remainssisa tanamanPertanianAgronomi

 Baki bahan tanaman setelah tanaman dituai. Contohnya, bagi tanaman tebu, sisa tanamannya ialah hampas batang dan daun yang tinggal setelah batang tebu diperah gulanya. Bagi tanaman nanas pula, sisa tanamannya terdiri daripada kulit dan daun nanas yang tinggal setelah buah nanas dikupas untuk ditinkan. Sisa tanaman kelapa sawit termasuk hampas isirung kelapa sawit dan tandan kosong setelah minyak kelapa sawit diperah daripada buahnya. Walaupun sisa tanaman biasanya dianggap sebagai bahan buangan, sisa tanaman dapat dimanfaatkan untuk dijadikan makanan ternakan atau baja kompos. Hampas isirung kelapa sawit kini digunakan sebagai makanan ternakan ruminan secara fidlot dan dieksport sebagai makanan ternakan.

cropping diversificationkepelbagaian tanamanPertanianAgronomi

 Pertanian yang melibatkan guna tanah dengan pelbagai jenis tanaman dan tidak tertumpu hanya kepada satu atau dua jenis tanaman. Kepelbagaian tanaman dapat mengurangkan risiko kerugian sekiranya tanaman utama mengalami kemerosotan harga pasaran atau mengalami masalah serangan penyakit. Contohnya, Malaysia pada tahun 60-an, bergantung kepada tanaman getah sebagai tanaman utama dan tidak banyak tanaman lain ditanam secara komersil. Dasar kepelbagaian tanaman telah menghasilkan corak pertanian negara yang merangkumi kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama di samping pelbagai tanaman lain yang penting seperti kelapa, koko, buah-buahan, lada hitam, tanaman herba dan tanaman makanan termasuk padi, jagung, tebu, ubi kayu dan ubi keledek.

plant spacingjarak tanamanPertanianAgronomi

Ruang atau jarak  antara satu tanaman dengan  tanaman yang lain dalam sesuatu kawasan. Jarak tanaman biasanya berasaskan kepadatan tanaman yang sesuai untuk tanaman berkenaan. Contohnya,  jarak tanam yang disyorkan untuk betik ialah 2 meter antara pokok dan 3 meter antara baris.

biennial croptanaman dwimusim/tanaman dwitahunanPertanianAgronomi

Tanaman yang kitaran hidup merangkumi dua musim atau dua tahun dengan tahun keduanya melibatkan pembungaan dan pengeluaran buah. Pada tahun pertama tanaman ini melalui peringkat pertumbuhan vegetatif sahaja. Contoh tanaman dwimusim adalah bawang dan lobak merah. Pada musim pertama kedua-dua tanaman ini membesar dan menghasilkan bebawang dan ubi di bawah tanah dan pada musim kedua barulah mereka berbunga dan menghasilkan biji benih.

diagnosis and recommendation integrated systemsistem bersepadu diagnosis dan pengesyoranPertanianAgroteknologiSistem yang digunakan bagi menentukan keperluan baja untuk sesuatu tanaman. Tanaman memerlukan nutrien seperti nitrogen, fosforus, kalium, kalsium dan magnesium untuk tumbesaran dan penghasilan. Sekiranya nutrien tidak mencukupi, ia akan menyebabkan kemunculan tanda-tanda tertentu seperti pertukaran warna pada daun tumbuhan. Kemunculan tanda-tanda ini menunjukkan kekurangan nutrien berada pada tahap serius. Oleh sebab itu, sistem DRIS digunakan dengan mengambil sampel daun yang dianalisis di dalam makmal untuk menentukan kandungan nutrien. Kandungan nutrien daun akan dibandingkan dengan tahap kritikal yang telah ditentukan untuk tanaman berkenaan dan sekiranya kandungan nutrien daun adalah di bawah tahap kritikal, maka penambahan nutrien melalui baja atau semburan daun akan disyorkan. Sebaliknya, jika kandungan nutrien melebihi tahap kritikal, pembajaan tidak akan disyorkan. Singkatan DRIS.
plant growthtumbesaran tanaman/ pertumbuhan tanamanPertanianTiadaPeningkatan saiz tanaman melalui pergandaan dan pembesaran sel-sel tanaman. Keadaan ini berlaku melalui pembentukan karbohidrat dalam proses fotosintesis, diikuti dengan pembentukan protein melalui proses fisiologi.
potting mixturecampuran tanah pasuPertanianAgronomi

Medium tanaman pasu yang terdiri daripada tanah yang berbeza teksturnya. Nisbah campuran dirumuskan mengikut jenis tanaman, biasanya campuran 3:2:1 (tanah atas: tanah liat: pasir) sesuai untuk kebanyakan tanaman. Tanaman yang tidak tahan tanah lembap memerlukan lebih banyak campuran pasir. Untuk mengelakkan penyakit, campuran tanah disterilkan menggunakan metil bromida.

12345678910...

Kembali ke atas