Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.cap] | تنچڤ

Definisi : tancap; ~ gas Id, bp menekan pedal minyak kereta utk melajukan jalannya; menancap masuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dll), menghunjam: pohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yg ~ di tanah; menancapkan menusukkan hingga masuk (pisau dll), mencucukkan, menghunjamkan: kadang-kadang aku ~ tongkatku di sawah dan ikut serta pd pekerjaan memotong rum­put dan menggali tanah; tertancap 1. masuk terbenam, terpacak, ter­pancang: belati Pendekar Sutan telah lebih dahulu ~ di lambung kirinya, mengenai jantungnya; 2. ki tidak bergerak lagi (kuasa dll), terhenti, tersangkut; tancapan tikaman, tusukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tancap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1 apakah ejaan yang betul untuk pokok rhu yang terdapat di tepi pantai? 2 apakah yang dimaksudkan dengan buhul, jujutan dan berjujutan? 3 apakah maksud membondong, menguku, mengemam,dan ditancapkan? 4 saya sudah merujuk kepada kamus tetapi inginkan lebih penjelasan daripada pihak DBP yang lebih arif tentang bahasa. 5 Harap dengan kadar segera maklum balas saya terima kerana ia penting bagi melancarkan kerja - kerja saya. 6 sekian, terima kasih.....Ejaan yang betul ialah pokok ru. Buhul ialah ikatan (tali dll), simpul. Asal daripada kata minang. Jujutan pula ialah tarik-menarik/ renggut-merenggut. Berjujutan sama dengan berjujut-jujutan yang bermakna tarik-menarik/ renggut-merenggut. Bondong ialah kumpulan dalam kata minang. Perkataan menguku tiada dalam rujukan kami. Mengemam bermaksud membiarkan sahaja menahandi dalam mulut (tidak menelannya). Tancap pula ialah bahasa percakapan yang bermaksud menekan pedal minyak untuk melajukan kereta.Makna29.08.2008

Kembali ke atas