Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan 'tanda hubung' (-). Boleh kah saya tahu bilakang tanda ini boleh diguna pakai di dalam ayat. Sebagai contoh. Pra-beli. Pra-tempahan. Adakah ini dibolehkan? Kerana fokus pembinaan ayat ini adalah untuk menunjukkan pembelian awal atau tempahan awal.Tanda sempang ialah garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung atau sengkangTatabahasa23.07.2019
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika frasa ini "Tanda-tanda bukan verbal sakit gigi" boleh diubah untuk pembaca umum. Adakah boleh ditulis begini, "Tanda sakit gigi bukan lisan"? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2496, verbal bermaksud arahan, perjanjian dan sebagainya secara lisan, bukan dalam bentuk bertulis. Verbal juga berkaitan dengan kata atau penggunaan kata-kata: hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu.

Oleh yang demikian, ayat yang sesuai untuk pemahaman masyarakat umum ialah "Tanda sakit gigi bukan secara lisan".

Walau bagaimanapun, sila berikan ayat penuh pada masa-masa yang akan datang bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang lebih tepat.

Lain-lain27.03.2024
salam, saya ingin meminta penjelasan berkenaan penggunaan kata hubung dan beserta tanda koma dalam satu ayat, adakah perlu diletakkan tanda koma sebelum kata hubung "dan"?Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar.Tatabahasa11.01.2017
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'?Tanda koma (,) digunakan  sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk.
contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya.

Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak",  "bersama" atau "berurutan".
Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu.

Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi"
Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. 
Tatabahasa16.01.2019
Sila nyatakan cara penggunaan tanda bacaan yang betul pada ayat di bawah: Fahmi Karim dan Bala membersihkan makmal komputer Sila terangkan berkenaan penggunaan tanda bacaan koma. Saya diajar bahawa tiada tanda koma sebelum kata hubung dan. Adakah apa yang kami pelajari itu betul? Bilakah tanda koma digunakan sebelum kata hubung dan? Bilakah ianya tidak digunakan? Sejak bila ada perubahan pada penggunaan tanda baca tersebut?

Penggunaan tanda koma (,) dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut Fahmi, Karim dan Bala membersihkan makmal komputer.

Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam dan udang di pasar. Tanda koma (,) tidak perlu diletakkan sebelum "dan".

Penggunaan koma (,) sebelum "dan" biasanya untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan dari jenis yang sama atau kategori yang berbeza, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sayur, dan buah-buahan di pasar.

Tatabahasa24.03.2011
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Tanda koma (,) digunakan:

(a)   sebagai unsur pemisah.

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.

Lain-lain04.03.2012
Bagaimanakah tanda koma (,) digunakan dalam ayat yang mempunyai kata hubung dan?Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya.Lain-lain29.09.2016
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih.Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tatabahasa23.07.2013
Saya igini bertanya tentang penggunaan tanda baca koma (,) dalam ayat untuk kata hubung "manakala" dan "tetapi" kerana saya lihat ada sesetengahnya meletakkan tanda koma sebelum penggunaan kata hubung tersebut. Mohon penjelasan tentang kekeliruan ini. Terima KasihDalam sumber rujukan kami, tanda koma sebelum perkataan manakala boleh ada dan boleh juga tiada. Lazimnya bagi perkataan manakala yang bermaksud tetapi didahului tanda koma.Ejaan23.07.2015
Adakah tanda koma sebelum kata hubung 'dan' perlu hadir?Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti  dengan frasa. Sebagai contoh, Abu, Ali dan Muthu pergi memancing di kolam. Tatabahasa13.08.2020
123456

Kembali ke atas