Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang pemberian utk peringatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hadiah utk kenang-kenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud momento?Momento bermaksud tanda mata atau cenderamata.Makna23.11.2016
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahatiCenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata.Lain-lain07.05.2005
Saya ingin mengetahui tentang penggunaan kata cenderahati atau cenderamata? yang manakah lebih tepat penggunaannya dan apakah alasan yang berkaitanCenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata.Lain-lain19.04.2009
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati?kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati.Tatabahasa10.07.2007
Beza antara cenderamata dan cenderahati, tengok kamus macam sinonim,adakah kedua_kedua boleh diguna suka hati?Cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan, pemberian dan tanda mata. Sehubungan dengan itu, kedua-duanya boleh digunakan. Makna25.10.2016
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih.1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut.
2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai.
3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan.
Tatabahasa05.03.2012
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih

Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;)  digunakan seperti yang berikut:

(a)  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat:  Malam makin larut; kerja masih banyak.)

(b)  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat:  Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.)

(c)  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.)

(d)  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat:  Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.)

 

Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah.
Tatabahasa04.12.2018
Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints)Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan
Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm
Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. 
Ejaan04.09.2022
Salam. Apakah tanda kata yang digunakan dalam tulisan Jawi? Khususnya bagi tanda kata Rumi ; dan ,. Saya melihat beberapa sumber termasuk Utusan Melayu menggunakan ⁏ dan ⹁ bagi koma bertindih dan koma, iaitu bentuk serupa dengan Rumi namun diterbalikkan. Namun terdapat juga sumber yang menggunakan tanda kata Arab iaitu ؛ dan ،. Adakah simbol-simbol seperti & boleh diterima pakai dalam tulisan Jawi? Dan adakah simbol RM bagi maksud Ringgit Malaysia dikekalkan sebegitu dalam tulisan Jawi, atau boleh digantikan dengan "ر.م." atau "رم"? Terima kasih.Penggunaan tanda baca dalam teks Jawi sama seperti teks Rumi dan diterbalikkan seperti yang diamalkan oleh Utusan Melayu kerana Rumi dan Jawi ialah teks bahasa Melayu hanya berbeza pada jenis tulisan. Dalam teks Jawi penulisan mata wang dikekalkan, contoh RM10.Lain-lain09.12.2021
123

Kembali ke atas