Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Dalam penulisan dialog, terutama sekali yang berakhir dengan tanda baca seperti tanda soal, tanda seru dan sebagainya, adakah perkataan selepas perlu ditulis dengan huruf kecil atau besar? Contoh: "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" itu adakah perlu dieja huruf kecil atau besar dan apakah sebabnya? Terima kasih.Ayat "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" perlu dieja huruf kecil kerana adanya tanda petik selepas tanda soal dalam ayat tersebut. Tatabahasa28.07.2022
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan tanda baca di dalam sesuatu soalan.Contohnya tanda soal digunakan untuk soalan yang bermula dengan Bagaimana, Apakah, Siapakah dan lain-lain. tetapi bagaimana dengan penggunaan Nyatakan, Berikan Contoh, Huraikan.Adakah tanda soal juga boleh digunakan?Atau hanya penggunaan noktah sahaja boleh digunakan untuk soalan jenis ini? Sekian, terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, berapa, bagaimana dan mengapa yang menggunakan tanda soal. Ayat yang menggunakan kata nyatakan, huraikan dan berikan contoh tidak perlu diakhiri dengan tanda soal.Tatabahasa17.05.2012
"Ke mana kamu mahu pergi?" Tanya Ali. Huruf selepas tanda soal dan tanda seru biasanya huruf besar. Adakah penggunaan huruf besar ini betul?Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharulah selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar.Ejaan25.10.2019
Setiap ayat yang berupa soalan, selepas tanda soal ? perlu lagi kita meletakkan tanda ( . ) atau tidak perlu. CONTOH. Awak berasal daripada mana?. Harap mendapat jawapan. terima kasih.Tidak perlu ada tanda noktah selepas tanda soal.Lain-lain26.12.2008
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut.Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kaliĀ edisi baharu diterbitkan.Lain-lain08.04.2012
Soalan pilihan ( atau, dan) 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? Sekian, terima kasih.1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat, Ali atau Ah Meng yang bermain bola?
Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima?

2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. - Ayat ini juga tidak gramatis. Ayat yang tepat, Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin.
Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima?
Tatabahasa27.10.2015
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya..Soalan kurang jelas maksudnya.  Sila berikan maksud yang hendak disampaikan.

Terima kasih.
Lain-lain30.07.2017
1. Bolehkah ayat permintaan menggunakan tanda soal? Contohnya : Bolehkah saya keluar sebentar? (Atau ayat contoh saya di atas merupakan ayat tanya?) mohon kepastian. 2. Ayat permintaan dalam tatabahasa dewan hanya menggunakan contoh kata permintaan minta & tolong bolehkah berikan contoh yang lain?Partikel "kah" digunakan dalam ayat tanya, maka ayat itu ialah ayat tanya. Ayat permintaan lazimnya menggunakan kedua-dua kata tersebut dan carian di Internet juga menemukan maklumat yang sama.Tatabahasa02.08.2016
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja.a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja?Tatabahasa01.12.2011
Ayat yang manakah adalah betul. A. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (bulan ini mengandungi 31 hari) B. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari) dan ada tanda soal ke tak?

Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari). Ayat ini tidak perlu penggunaan tanda soal.

Tatabahasa27.10.2022
12345

Kembali ke atas