Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.tan.da] | تندا٢

Definisi : sj ikan laut, Lutianus menostigma; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanda-tanda

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sebelum sampai ke api,
     tentu bahangnya dulu terasa.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa "gejala sosial" berunsur negatif atau neutral?Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Lain-lain11.07.2017
"Remaja terlibat dalam gejala sosial." Frasa "gejala sosial" ini berunsur negatif atau neutral?Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Lain-lain11.07.2017
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika frasa ini "Tanda-tanda bukan verbal sakit gigi" boleh diubah untuk pembaca umum. Adakah boleh ditulis begini, "Tanda sakit gigi bukan lisan"? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2496, verbal bermaksud arahan, perjanjian dan sebagainya secara lisan, bukan dalam bentuk bertulis. Verbal juga berkaitan dengan kata atau penggunaan kata-kata: hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu.

Oleh yang demikian, ayat yang sesuai untuk pemahaman masyarakat umum ialah "Tanda sakit gigi bukan secara lisan".

Walau bagaimanapun, sila berikan ayat penuh pada masa-masa yang akan datang bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang lebih tepat.

Lain-lain27.03.2024
Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ;

A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya:

       i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut:  

          kertas, dakwat dan pen.

      ii. Ketua: Abdullah Salleh.

         Hari: Isnin

2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya:

Dewan Sastera, IV(1974),4:9

Surah yasin:9

3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya:

       Ibu   :  “Bawa bungkusan ini,Mir!”

       Amir : “Baik,bu.”

B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut:

1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya:

Malam makin larut; kamu belum selesai lagi.

2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya:

Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:).
Tatabahasa23.06.2014
Salam sejahtera. Ingin mendapat kepastian daripada DBP tentang penggunaan "berputik". Istilah ini lebih cenderung kepada kegunaan positif ataupun negatif?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "berputik" bermaksud mulai mempunyai putik, mulai berbuah; menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dan lain-lain).
Contoh ayat:
1)  Pokok-pokok durian di kampung sekarang sudah berputik.
2)  Cinta antara mereka berdua  mula berputik
Tatabahasa01.10.2022
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan tanda baca. Bolehkah tanda soal (?) dan tanda seru (!) ditulis secara serentak. Contohnya, "Kamu mahu saya buat macam mana lagi?!"

Tanda tanya(?) dan tanda seru (!) tidak boleh digunakan serentak. Tanda tanya digunakan pada akhir kalimat tanya. Misalnya: Bilakah dia berangkat?

Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau penyataan yang berupa seruan, perintah yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Misalnya:

Alangkah seramnya peristiwa itu!

Tatabahasa26.02.2014
saya ada bertanya sebelum ini tetapi masih belum mendapat jawapnberkenaan tanda baca selepas tanda petik apabila ada tanda soal spt berikut: Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami dia berkata, “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?”. adakah tanda noktah selepas tanda petik perlu atau tidak? atau seperti ini,“Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” (tiada tanda titik) “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” tidak perlu noktah selepas tanda petik. Tatabahasa26.09.2020
adakah perlu tanda koma, atau noktah selepas dialog, contohnya; 1. “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?”, soalan suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Dalam dialog, “tanda koma”, “noktah” atau “tanda seru” perlu diletakkan sebelum tanda petik, bergantung kepada jenis dialog sama ada ayat tanya atau sebaliknya. Contohnya, “Awak sudah makan?” tanya Ahmad kepada Aminah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda tersebut tidak perlu diletakkan selepas tanda petik. Contohnya, “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?” soal suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Tatabahasa03.02.2022
apakah peraturan untuk saya menggunakan tanda '-', selain daripada tanda '-' ditulis untuk menghubungkan huruf besar dan huruf kecil contohnya, 'ciptaan-Nya'. Terima kasihUntuk makluman, tanda ('/') dipanggil tanda petik tunggal. Ia hanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("/"). Contoh: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim.Tatabahasa10.08.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan pantun. pantun empat kerat: baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.) Adakah penggunaan tanda baca tersebut betul?Menurut data kami, penggunaan tanda baca yang betul dalam penulisan pantun ialah baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.)Lain-lain12.09.2019
12345678910...

Kembali ke atas