Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.das] | تاندس

Definisi : tidak ada lagi, habis langsung, hilang kesemuanya: hartanya sudah ~; licin ~ habis kesemuanya;menandaskan menghabiskan sama sekali; tandus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.das] | تاندس

Definisi : 1. bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dsb) tempat membuang air (yg di­lengkapi dgn mangkuk tandas, sink, dsb), bilik air; 2. sl tempat mandi (di sungai), perman­dian;~ awam tandas utk kegunaan orang ramai; ~ bergerak tandas mudah alih yg disediakan di tempat keramaian utk kegunaan orang ramai; ~ curah sj tandas yg perlu dijirus dgn air utk mengalirkan najis ke dlm lubang yg ditutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.das] | تاندس

Definisi : Jk (dgn) jelas, (dgn) pasti dan tegas, nyata;menandaskan mengatakan dgn tegas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.das] | تاندس

Definisi : sedikit pun tidak ada yg tinggal; habis sama sekali; habis licin: Hartanya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan.das] | تاندس

Definisi : tempat buang air; jamban: ~ lubang; ~ pam; ~ tong. ~ awam tandas utk kegunaan orang ramai. ~ bergerak tandas mudah alih yg disediakan di tempat keramaian utk kegunaan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan.das] | تاندس

Definisi : pasti dan tegas; jelas; nyata: Pendiriannya ~. menandas­­kan me­ngata­­kan dgn tegas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandas
Bersinonim dengan habis langsung, habis kesemuanya, hilang kesemuanya, tiada langsung, tandus, licin-licau;,
Kata Terbitan : menandaskan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical toilettandas kimiaKejuruteraanTiadaTandas yang tidak menggunakan air, tetapi menggunakan kaedah rawatan in-situ yang menstabilkan jirim organik dan memusnahkan bakteria dengan larutan kaustik kuat. Tandas ini digunakan dalam kenderaan.
aqua privytandas airKejuruteraanTiadaTandas tradisi yang terdiri daripada satu struktur utama, papan duduk , tangki kecil, alur limpah daripada tangki, kawasan resapan dan paip bolong.
compost toilettandas komposKejuruteraanTiadaTandas yang mengolah najis manusia secara pengomposan dan menghasilkan kompos yang berguna.
bucket latrinetandas angkatKejuruteraanTiadaTandas yang terdiri daripada timba untuk ekskreta dan dikosongkan secara manual dalam sistem olahan sisa setempat.
vault toilettandas kekubahKejuruteraanTiadaTandas lubang yang diubah suai dengan lubangnya dibina di atas kekubah kedap air. Lori khusus digunakan untuk mengepam kandungan kekubah pada jeda tertentu.
staff toilettandas pekerjaPentadbiran PerniagaanTiadaTandas untuk kegunaan pekerja sahaja.
pit latrinetandas galiKejuruteraanTiadaLubang yang dijadikan tandas untuk melupuskan najis manusia di tempat yang tidak disediakan sistem olahan kumbahan.
toilettandasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
lavatorytandasKesenianTiadaTiada
toilettandasKesenianTiadaTiada
12345

Kembali ke atas