Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.du/] | تندوق

Definisi : 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.du/] | تندوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok meman­jat), Gouania javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.du/] | تندوق

Definisi : ~ batu sj tumbuhan (pokok meman­jat), Gouania javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.du/] | تندوق

Definisi : 1 benda keras yg tumbuh di kiri kanan kepala beberapa jenis binatang, spt kerbau, lembu: ~ kerbau; ~ rusa. 2 sesuatu yg bentuknya atau rupanya spt tanduk 1: pisang ~. bertanduk ada tanduknya; mempunyai tanduk: Kerbau ~. menanduk 1 menyondol dgn tanduk (bkn kerbau, lembu dll): Budak yg ditanduk kerbau itu telah dihantar ke rumah sakit. 2 menyondol atau memukul bola dll dgn kepala: Dia ~ bola itu masuk ke dlm gol pasukan lawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanduk (kata nama)
Bersinonim dengan cula, sumbu;,
Kata Terbitan : bertanduk, menanduk,

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti;
     payah juga yang datang.

Bermaksud :

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANDUK

Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di

kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia

bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan

seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop

mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai

ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar,

yang dinamakan tanduk bercabang.

UMUM 
TANDUK RUSA

Tanduk rusa lihat Tanduk.

UMUM 
ILLAWARRA TANDUK PENDEKIllawarra tanduk pendek ialah baka lembu
tenusu yang keseluruhannya terdapat di Australia
dan merupakan baka lembu kedua terbanyak di
Australia selepas baka Jersey. Hampir satu per tiga
daripada semua lembu tenusu di Australia adalah
daripada baka illawarra tanduk pendek.
UMUMUmum
BIRI-BIRI TANDUK BESAR UMUM 
TANDUK RUSA

TANDUK RUSA (platiserium koronarium), sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan.  Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak.  Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar.  Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan.  Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa.  Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah.  Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang.

BUDAYAFlora dan Fauna
KUMBANG TANDUK

Kumbang tanduk lihat Kumbang (gambar).

UMUM 
KORNUKOPIA

Kornukopia ialah sebatang tanduk yang

melambangkan pengurniaan yang melimpah-ruah,

simbol kesuburan atau daya pengeluaran

alam semula jadi.

UMUM 
TAHR

Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak

kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung

ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai

bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr

memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr

Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya

kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100

kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai

bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai

tompok pelana berwarna perak di belakangnya.

Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia

berbulu perang.

Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili

Bovidae. Ia membentuk genus Hemitragus jemlahicus ,

tahr Nilgiri ialah H. hylocrius, dan tahr Arabia ialah

H. jayakar.

UMUM 
STAGHORN

Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya

dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat

namanya daripada fron daun utama daun berbentuk

seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis

daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan

tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini

mengumpul air dan humus. Daun utama

mengandungi spora pembiakan.

UMUM 
KUMBANG HERCULES

Kumbang Hercules ialah nama bagi beberapa

spesies kumbang besar. Kumbang jantan

mempunyai tanduk panjang yang terunjur dari

kepala dan bahagian atas badan.

UMUM 
123

Kembali ke atas