Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dus] | تندوس

Definisi : 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dus] | تندوس

Definisi : tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yg tidak ditumbuhi apa-apa. menanduskan menyebabkan tan­dus: Kemarau yg panjang telah ~ kawasan itu. ketandusan keadaan tan­­dus. penan­dus­an perihal atau proses menjadi (men­jadikan) tandus: Mengharamkan pe­ne­bangan pokok se­cara berleluasa dpt men­cegah ~ hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandus (adjektif)
1. Bersinonim dengan gondol: gersang, kersang, safsaf,

2. Bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas,

Kata Terbitan : ketandusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH TANDUS

Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada

bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang

terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat

mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di

kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan

kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh

alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun

bukit juga memainkan peranan untuk membentuk

tanah tandus.

UMUM 
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
KAFILAH

Kafilah ialah barisan manusia dan haiwan

pengangkut yang panjang yang berjalan melintasi

bumi yang tidak dihuni oleh manusia atau tandus.

UMUM 
KAROO

Karoo ialah kawasan tinggi separa gurun di tanah

tinggi di provinsi Cape Timur, Afrika Selatan. Nama

ini berasal daripada pemerian tentang “keras dan

kering; tanah tandus dan belukar kecil” oleh orang

Khoikhoin.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas