Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertangas memanaskan badan (dgn wap), mandi dgn wap (supaya berkeringat); menangas mengasapi dgn wap, mengewapi, mengukus: bahan-bahan itu dileburkan dan ditangas beberapa kali; penangasan perihal menangas, pengukusan; penangas alat utk menangas atau bertangas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bertangas memanaskan ba­dan dgn wap (utk mengeluarkan peluh dll). menangas mengenakan wap pd; mengewapi. penangas alat yg digunakan utk bertangas atau utk menangas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas