Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gen] | تڠݢن

Definisi : (tan.gen) (Mat) 1. garis sentuh; 2. fungsi trigonometri bagi sudut tirus pd segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi-sisi lebih pendek yg bertentangan dan ber­sebelahan dgn sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gen] | تڠݢن

Definisi : /tan.gen/ ist 1 garisan lurus yg menyentuh lengkungan (lilitan bulatan) pd satu titik, atau lengkungan yg menyentuh garis lurus pd satu titik tetapi tidak menyilanginya. 2 fungsi sudut tirus dlm segi tiga tepat, iaitu nisbah panjang garis tegak dgn panjang garis datar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galvanometer tangengalvanometer tangenFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanGalvanometer yang mempunyai kompas kecil yang dilekapkan secara mengufuk pada pusat gegelung dawai yang besar dan tegak. Arus yang melalui dawai adalah berkadaran dengan tangen sudut pesongan jarum kompas daripada kedudukan normal yang selari dengan medan magnet bumi.
sand base-linegris asas pasirKejuruteraanPetroleumGaris tangen bayangan atau tangen yang dilukis pada lengkung sinar gama yang merupakan bacaan keamatan sinar gama yang minimum direkod bagi satu-satu set jujukan litologi. Hal yang sama boleh dilakukan pada lengkung log swakeupayaan, iaitu tangen pada lengkung yang menunjukkan bacaan swakeupayaan negatif yang minimum. Zon yang diwakili oleh lengkung seperti ini biasanya terdiri daripada batu pasir bersih. Pangambilan garis ini biasanya dibuat setelah keseluruhan profil kedalaman telaga disemak sepanjang mana pengelongan yang berkaitan itu berpengaruh.
shale base-linegaris asas syalKejuruteraanPetroleumGaris tangen bayangan atau tangen yang dilukis pada lengkung log sinar gama yang merupakan bacaan keamatan sinar gama yang maksimum untuk zon syal daripada satu set jujukan litologi yang bersangkutan. Hal yang ama boleh dilakukan pada lengkung log swakeupayaan, iaitu tangen pada lengkung yang menunjukkan bacaan swakeupayaan positif yang maksimum. pengambilan garis ini biasanya dibuat setelah keseluruhan profil kedalaman telaga disemak sepanjang mana pengelogan yang berkaitan itu berpengaruh.
normal- and-tangential coordinate systemsistem koordinat normal-tangenMekanikGunaanSistem koordinat yang menggunakan arah normal dan arah tangen di sesuatu titik pada lengkung sebagai dua arah daripada paksinya [Rajah S8]. Paksi yang di arah normal dinamai paksi-n dan yang di arah tangen dinamai paksi-t. Hala positif bagi paksi-t ditakrifkan sebagai hala pertambahan jarak s di sepanjang lengkung berkenaan. Paksi-n ialah garis yang serenjang dengan paksi-t dan melalui pusat kelengkungan lengkung tersebut di titik yang berkenaan. Arah positif bagi paksi-n ialah arah yang menghala kep pusat kelengkungan. Bagi memerihalkan kedudukan titik di ruang, paksi ketiga diperlukan. Paksi ketiga ini, yang dinamai paksi dwinormal, adalah normal terhadap paksi-n dan paksi-t. Sistem koordinat normal-tangen ini biasanya digunakan untuk memerihalkan gerakan zarah di laluan yang diketahui. Asalan sistem ini ditempatkan pada kedudukan zarah tersebut, dan kedudukan asalan itu berubah dengan gerakan zarah. Sistem ini jarang digunakan untuk analisis masalah 3-D. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 180 RAJAH S8
point of inflectiontitik lengkuk balasKejuruteraanTiadaTitik pada garis melengkung tempat garis tangen mengubah arah putarannya, iaitu apabila didekati dari sebelah titik itu, cerun tangen menaik dan apabila dijauhi pada sebelah yang satu lagi, cerun tangen menurun.
arc tangentlengkok tangenMatematikTiadaFungsi songsang kepada fungsi tangen.
flat sawingpotong tangenPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat penggergajian tangen
tangential accelerationpecutan tangenMekanikGunaanKomponen pecutan pada arah gerakan apabila jasad memecut pada laluan melengkung. Magnitud pecutan tangen bergantung pada kelajuan v semata-mata.
geodetic azimuthazimut geodesiMatematikTiadaSudut di antara tangen pada meridian di A dengan tangen pada garis A bagi garis geodesi A ke B.
shear resistancekerintangan ricihanGeologiTiadaTegasan tangen yang disebabkan kelikatan bendalir, berlaku di sepanjang sempadan aliran dalam arah tangen gerakan setempat.
12345678910...

Kembali ke atas