Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : 1 tempat berpijak yg ber­tingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. se­tangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Pucuk kali mengikat tangga,
     Tangga disirat lima enam bulan;
Pujuklah hati memandang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
set ~ up home together, (through marriage) berumah tangga, mendirikan rumah tangga; (without marrying) tinggal bersama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stavevt fit (chair, furniture) with staves, memalangi; (ladder) memasangkan anak tangga pd: the carpenter ~d the chair, tukang kayu itu memalangi kerusi; he used 2-inch nails to ~ the ladder, dia menggunakan paku yg berukuran dua inci utk memasangkan anak tangga pd tangga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
step 5. unit in a flight of stairs or a ladder, anak tangga: he stood on the bottom ~ of the stairs, dia berdiri di atas anak tangga yg paling bawah; flight of ~s, tangga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
staircase n tangga: a marble ~, tangga batu marmar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
connubialadj rumah tangga: ~ bliss, kebahagiaan rumah tangga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
married2. (of marriage) berumah tangga, perkahwinan: ~ bliss, kebahagiaan berumah tangga; their early ~ life was spent overseas, mereka tinggal di luar negeri pd bahagian awal perkahwinan mereka; 3. (fig.) dedicated,<Kamus Inggeris-Melayu Dewan
housewifelyadj befitting a housewife, suri rumah (tangga): ~ virtues, sifat-sifat baik suri rumah tangga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stile n tangga pagar: she had to scramble over the ~ to get away from the enraged bull, dia terpaksa tergesa-gesa memanjat tangga pagar utk lari dr lembu jantan yg mengamuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tread2. upper surface of step, anak tangga: the ~s were worn and uneven, anak-anak tangga itu haus dan tdk rata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stair 2. (usu in pl) series of steps, tangga: the ~s are steep and narrow, tangga itu mencuram dan sempit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas