Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : 1 tempat berpijak yg ber­tingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. se­tangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Pucuk kali mengikat tangga,
     Tangga disirat lima enam bulan;
Pujuklah hati memandang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ragi tangga-tangga(Br.)ragi tangga-tangga(Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berbentuk tangga.
stringeribu tanggaKesenianHiasan DalamanKomponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam.
landing and stairsanjung tangga dan tanggaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
anak tangga bulatanak tangga bulatKesenianTiadaAlat ukir daripada besi yang bertangkai kayu dan bermata besi bertangga-tangga separuh bulat, digunakan untuk mengukir dan mencuci lubang dalam ukiran tebuk tembus.
anak tangga leperanak tangga leperKesenianTiadaAlat ukir daripada besi yang bertangkai kayu dan bermata besi yang leper serta bertangga-tangga, digunakan untuk mengukir dan mencuci lubang dalam ukiran tebuk tembus.
housed jointtanggam tumpuKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanggam yang digunakan pada anak tangga dan peha tangga yang terbentuk dengan cara membuat takukan pada satu anggota kayu bagi menerima bahagian hujung anggota kayu yang satu lagi. Contohnya dalam pembinaan sambungan di antara anak tangga dengan peha tangga.
stringeribu tanggaLandskapTiadaKayu pada bahagian atas tangga yang menghubungkan tangga dengan lantai rumah.
flightlarian tanggaKesenianHiasan DalamanStruktur binaan berbentuk deretan tangga secara menegak, melengkung atau bulat. Binaan ini membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
corak tangga emascorak tangga emasKesenianTiadaCoak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga yang diatur bertingkat-tingkat, terdapat pada batik sarung.
stringeribu tanggaKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian tangga yang menyokong jejak dan anak tangga.
12345678910...

Kembali ke atas