Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : terlepas dr tempatnya lalu jatuh atau gugur, lucut, luruh (daun dll), terkelupas (keropeng kudis dll): giginya ~; kulit ular ~ sekali setahun; menanggali 1. mengupas, melucuti (baju dll): ia ~ pakaiannya; mereka sudah ~ atap rumah itu; 2. membongkar (jentera); menanggalkan menjadikan tanggal, mem­buka (pakaian dll), meluruhkan, melucutkan, mencabutkan: ia bangun lalu ~ kemejanya; sebelum masuk ia ~ kasut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : tanggal II; penanggalan sj hantu yg tidak berkepala (perutnya berjela-jela): adapun ~ itu suka meminum darah orang beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : sj hantu yg tidak berkepala (perutnya berjela-jela): adapun ~ itu suka meminum darah orang beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : Id bilangan yg menyatakan hari keberapa dlm bulan tertentu, tarikh, hari bulan: mereka gajian sbg kuli pengangkat sampah dua kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan dela­p­an belas; di bawah tandatangan itu dicatat namanya dgn terang, dan ~ hari itu; ~ muda awal bulan; ~ tua akhir bulan; bertanggal ada tanggalnya, bertarikh, ber­hari bulan: berita itu ~ 21 Julai;menanggalkan, menanggali ark membu­buh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan; tertanggal bertanggal, bertarikh, diberi tang­­gal, dibubuh tanggal; penanggalan 1. daftar hari bulan, alma­nak, kalender, takwim; 2. perihal mem­bu­buh tang­gal; 3. tarikh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : terlepas atau terlucut dr tempatnya lalu jatuh; luruh (bkn daun dll); terkelupas atau terkopek kulitnya. menanggali 1 menyebabkan sese­orang dibuka pakaiannya (perhiasannya dll); melucuti: Anak itu ditanggali pakaiannya sebelum dimandikan. 2 membongkar (mesin dsb): Setelah di­tanggali, barulah mesin itu dicuci. menanggalkan menjadikan tanggal; membuka (pakaian dll): melucutkan: Sebelum naik ke rumah, dia ~ kasutnya. penanggalan hantu yg kononnya dpt terbang dan tali perutnya keluar berjela-jela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : bilangan yg menunjukkan hari yg ke berapa dlm sesuatu bulan; hari bulan; tarikh. bertanggal ada tanggalnya; dibubuhi tanggal. pe­nanggalan 1 daftar hari bulan; tak­wim. 2 hal atau perbuatan membubuh tanggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggal (kata kerja)
Bersinonim dengan terlepas, lucut, gugur, luruh, terkelupas, tercabut, londeh, copot, menggelup;,
Kata Terbitan : menanggalkan, tertanggal,

Peribahasa

Inai tertepung,
     kuku tanggal.

Bermaksud :

Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disconnectable interlockingpanca boleh tanggal/pengait boleh tanggalKomunikasi MassaTiadaTiada
removable rotatorpemutar boleh tanggalPerubatanTiadaAplians ortodontik boleh tanggal, digunakan untuk memutarkan gigi.
removable thermoplastic splintsplin termoplastik boleh tanggalPergigianTiadaProstesis boleh tanggal yang dipakai pada gigi dan diperbuat daripada sejenis resin seperti poliglikolik yang boleh dibentuk menggunakan haba mengikut arkus gigi pesakit. Splin ini digunakan untuk menetapkan kedudukan gigi tertrauma serta melindunginya daripada kecederaan selanjutnya. Biasanya splin ini dipakai selama 4 hingga 6 minggu sehingga kecederaan tulang alveolus sembuh sepenuhnya.
abutment teeth;gigi tupangPergigianTiadaGigi sokongan yang digunakan untuk membuat jambatan atau prostesis boleh tanggal. Untuk membuat jambatan, gigi sokongan yang bersebelahan dengan kawasan gigi yang hendak digantikan akan dipotong sehingga berbentuk gigi kecil. Kemudian korona dibuat bagi menampung gigi yang hilang (pontik). Bagi membuat prostesis boleh tanggal, gigi tupang digunakan sebagai sokongan atau sebagai pemegang bagi prostesis tersebut.
removableboleh tanggalKomunikasi MassaTiadaTiada
dismountableboleh tanggalKomunikasi MassaTiadaTiada
demountableboleh tanggalKomunikasi MassaTiadaTiada
detachableboleh tanggalKomunikasi MassaTiadaTiada
flat striptanggal flatKesenianTiadaTiada
rig downtanggal rigKejuruteraanTiadaPenanggalan rig gerudi dan peralatannya setelah tamat sesuatu operasi penggerudian.
12345678

Kembali ke atas