Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gam] | تڠݢم

Definisi : tanggam 1. sambungan kayu yg bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh; 2. sj penyepit (drpd besi); bertanggam 1. bersambung rapat (kayu dll); 2. ki berhubungan rapat dan erat; ~ muka berhadapan (bertemu) muka; menanggam 1. menyambung kayu dgn ta­kuk-takuk; 2. ki menyambung atau menghu­bung­kan erat-erat (spt mengahwinkan dll); 3. menyepit dgn tanggam besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gam] | تڠݢم

Definisi : sambungan kayu yg di­beri bertakuk-takuk supaya dpt dihu­bungkan rapat-rapat serta kukuh: ~ bajang; ~ lekap; ~ puting. bertanggam bersambung rapat (dgn tanggam); ada tanggamnya. menanggam me­nyambung kayu dsb dgn tanggam. penanggam alat (mesin dsb) utk membentuk tepi-tepi kayu supaya dpt ditanggam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanggam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
end-jointtanggam temu-hujungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam antara hujung dua kepingan kayu. Ada tiga jenis tanggamtemu hujung iaitu tanggam temu, tanggam jari, dan tanggam serong.
tanggam lidah-lurahtanggam lidah-lurahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam yang terhasil apabila lidah pada tepi kepingan papan dicantumkan kepada bahagian lurah pada tepi papan yang lain. Tanggam ini biasanya digunakan dalam pemasangan lantai dan dinding kayu.
lapped jointtanggam lekapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam yang dihasilkan daripada sambungan dua kepingan kayu atau venir dengan cara membuang setengah daripada tebal tiap-tiap kayu tersebut. Ada dua jenis tanggam lekap, iaitu tanggam lekap penjuru yang digunakan semasa membuat pemidang gambar dan pintu papan lapis; dan tanggam lekap palang yang digunakan semasa membuat bangku, meja dan kerusi.
open jointtanggam renggangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam berperekat yang telah melekang dan menyebabkan terjadinya bukan akibat kegagalan perekat melekatkan kepingan venir. Tanggam ini sering terjadi pada tanggam temu-tepi kepingan venir.
butt jointtanggam temuKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanggam yang menyambungkan dua anggota struktur pada bahagian hujungnya. Tanggam ini digunakan pada rasuk kayu ataupun pada kasau kayu.
mitre jointtanggam sudut tepatKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanggam yang dibuat pada hujung kayu bingkai bagi menyambungkan kedua-dua bahagian struktur yang membentuk sudut tepat. Tanggam ini digunakan pada bingkai gambar, bingkai tingkap dan lain-lain.
butt jointtanggam temuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam berperekat yang menyambungkan bahagian hujung dua kepingan kayu untuk menghasilkan kayu yang lebih panjang. Tanggam jenis ini tidak begitu kuat.
end-lap jointtanggam temu hujungKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanggam temu yang terbentuk dengan memotong separuh daripada tebal hujung anggota yang akan disambungkan dan dicantumkan dengan bersudut tepat antara satu sama lain. Tanggam ini terdapat pada kerangka pintu yang diperbuat daripada kayu.
mortise-and-tenon jointtanggam puting pelidahKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanggam yang mengandungi pelidah di satu hujung dan lubang alur di hujung anggota yang satu lagi untuk mengikat dengan kemas sambungan yang terbentuk. Tanggam jenis ini digunakan dalam pembuatan laci meja yang diperbuat daripada kayu.
finger jointtanggam jariPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam temu hujung yang terdiri daripada beberapa unjuran menirus berbentuk baji yang diperekat. Unjuran ini dibentuk mengikut kecerunan tertentu, sama ada selari dengan permukaan atau selari dengan permukaan atau selari dengan sisi kayu. Kecerunan unjuran jari mempengaruhi kekuatan mempengaruhi kekuatan tanggam yang terhasil.
12345678910...

Kembali ke atas