Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : 1. apa yg diterima oleh panca­indera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerap­an: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg me­nunjuk­kan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertun­jukan (wayang golek dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggap
Kata Terbitan : menanggapi, tanggapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma

lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan

perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan

[ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu

bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang

apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam

psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang

lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja

kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain.

Rencana ini membayangkan penggunaan yang

lebih umum dan memberi tumpuan kepada

tingkah laku manusia.

UMUM 
KEPERCAYAANKEPERCAYAAN,  suatu tanggapan tentang alam nyata dan alam ghaib yang dipegang oleh orang Melayu.BUDAYAKonsep
SIBELIUS, JEAN

Sibelius, Jean (1865–1957) ialah penggubah

Finland. Karyanya yang paling penting ialah tujuh

simfoni dan beberapa puisi simfoni untuk orkestra.

Sibelius melandaskan kebanyakan daripada puisi

simfoninya pada puisi epik kebangsaan Finland,

Kalevala . Gubahan ini menyatakan tanggapan

Sibelius terhadap hutan, tasik, musim panas yang

dingin, dan musim sejuk yang bersalji di Finland.

UMUM 
HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD

HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD (1873 – 1939), ulama tasawuf. Dia lahir pada tahun 1873. Dia melanjutkan pelajaran ke Makkah selepas ayahnya, Tuan Tabal meninggal dunia. Sewaktu berada di sana, Haji Wan Musa bukan sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi turut terpengaruh dengan pandangan ilmu fikah yang terdapat dalam majalah keluaran ulama Islah. Sejak awal abad ke-20, dia mempunyai tanggapan bahawa untuk memajukan ilmu fikah dan umat Islam, pendekatan bertaklid buta pada kitab karang ulama tradisional negeri Kelantan perlu dihentikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas