Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : 1. apa yg diterima oleh panca­indera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerap­an: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg me­nunjuk­kan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertun­jukan (wayang golek dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggap
Kata Terbitan : menanggapi, tanggapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.
a priori conceptkonsep a prioriFizikNanoteknologiPengetahuan yang diperoleh melalui tanggapan semata-mata dan bukan melalui fakta pengamatan. Contohnya, tanggapan yang dibuat ke atas isu moral atau etika kesan penggunaan nanoteknologi terhadap masyarakat.
gross impressiongambaran kasarKomunikasiKorporatKesan awal yang bersifat umum yang diterima oleh perancang media akibat dedahan kepada sesuatu keadaan atau fakta. Kesan awal ini menimbulkan tanggapan mengenai keadaan atau fakta tersebut secara menyeluruh terutama mengenai sesuatu perancangan yang berkaitan dengan kempen media. Dalam komunikasi korporat, tanggapan umum dibuat berasaskan keadaan atau fakta sedia ada yang menjadi rasional kepada sesuatu perancangan media. Tanggapan ini boleh membentuk andaian sama ada sesuatu perancangan media itu boleh berjaya atau tidak. Dalam penyelidikan khalayak iklan, jumlah semua khalayak yang terdedah kepada sesuatu media termasuk khalayak yang menonton pelbagai media yang berbeza boleh membentuk sesuatu gambaran kasar.
primary effectkertas awalKomunikasiKorporatTanggapan pertama yang terhasil daripada tindak balas penerima atau khalayak yang terdedah kepada sesuatu mesej komunikasi. Mesej yang disampaikan di bahagian awal dalam sesuatu penerbitan biasanya lebih mudah diingati. Mesej kerap menjadi fokus para perancangan komunikasi dalam membentuk sesuatu kesan lain dalam penyampaian sesuatu mesej dalam sesuatu penulisan atau penerbitan. Contohnya, dalam penerbitan iklan, tanggapan pertama yang terhasil daripada pendedahan kepada sesebuah iklan boleh memberikan kesan awal yang mendalam terhadap khalayak sama ada positif atau negatif, dan diterima atau ditolak.
perceptiontanggapanPentadbiranTiadaPenerimaan atau penilaian seseorang terhadap maklumat yang diperoleh.
selective perceptiontanggapan terpilihGeografiTiadaTiada
selective perceptiontanggapan terpilihKomunikasiTiadaTiada
selective perceptiontanggapan terpilihPendidikanTiadaTiada
differential perceptiontanggapan pembezaanPentadbiranTiadaTiada
depth perceptiontanggapan kedalamanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas