Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. 2 sesuatu yg (mesti) ditanggung; kewajipan; tugas. 3 sesuatu yg diderita; penderitaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ibarat beban,
     belum lepas daripada bahu (= kepala).

Bermaksud :

Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dhimmahzimmah/tanggunganPerniagaan IslamTiadaTanggungan atau keadaan yang wujud pada individu bagi melaksanakan kewajipan. Contohnya, dalam kes hutang, penghutang bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut.
direct obligationtanggungan langsung/obligasi langsungPentadbiran PerniagaanTiadaTanggungan hutang bagi sesuatu terbitan yang diterbitkan oleh sesuatu entiti, misalnya pembayaran faedah dan pokok dibuat terus oleh entiti penerbit.
indemnity formborang tanggunganSukanTiadaBorang khusus untuk pelepasan tanggungan sekiranya berlaku sesuatu hal kepada pengangkat semasa pertandingan.
overburden pressuretekanan tanggungan atasKejuruteraanPetroleumBeban geostatik atau tekanan yang diwujudkan oleh tanggungan atas yang harus ditanggung oleh stratum atau formasi yang berada pada kedalaman tertentu yang menjadi perhatian dalam sesuatu operasi seperti operasi penggerudian, dan lain-lain. kecerunan tekanan yang normal ialah lebih kurang 0.465 paun per inci persegi bagi setiap kaki.
ahliyyah wujub kamilahkelayakan terima hak tanggungan sempurnaPerniagaan IslamTiadaKelayakan menerima hak dan tanggungan yang bermula sebaik sahaja individu tersebut dilahirkan sehingga meninggal dunia.
ahliyyah wujub naqisahkelayakan terima hak tanggungan tak sempurnaPerniagaan IslamTiadaKelayakan menerima hak dan tanggungan pada peringkat janin.
ahliyyah wujubkelayakan terima hak dan tanggunganPerniagaan IslamTiadaKelayakan yang bermula dari peringkat janin tanpa mengira keadaan fizikal dan mental untuk menerima harta dan tanggungan. Kelayakan ini kekal selagi hidup dan berakhir dengan kematian. Namun, individu yang meninggal dunia masih menanggung hutang dan berakhir apabila hutang tersebut dijelaskan oleh ahli warisnya atau pihak yang bersetuju menanggung hutang. Ahliyyah wujub terbahagi kepada dua, iaitu ahliyyah wujub kamilah dan ahliyyah wujub naqisah.
asilpihak dijaminPerniagaan IslamTiadaIndividu yang dijamin oleh penjamin bagi menanggung tanggungan yang pada asalnya menjadi tanggungan pihak yang dijamin. Contohnya, dalam kes hutang bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak membayar hutangnya, maka penjamin bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut.
burdentanggunganKejuruteraanTiadaTiada
overburdentanggungan atasKejuruteraanTiada1. Bahan batuan tandus yang longgar atau terkonsolidat, menindih mendapan mineral, dan mesti disingkirkan terlebih dahulu sebelum pelombongan.
12345678910...

Kembali ke atas