Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب

Definisi : kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب

Definisi : sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan: Gaji yg diterimanya tidak sepadan dgn ~ yg dipikulnya. bertanggungjawab 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. ke­ber­tanggungjawaban perihal atau sifat bertanggungjawab terhadap: Dia terlalu mengambil berat dan wajar diberi pujian atas ~nya terhadap projek itu. mempertanggungjawabkan membebani (seseorang dsb) dgn (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب

Definisi : tang­gung­­jawab; menjadikan bertanggungjawab atas (terhadap dll): Siapakah yg dipertanggungjawabkan utk menyelesaikan tugas itu? per­tanggung­jawaban perihal atau per­buatan bertanggungjawab terhadap. penang­gungjawaban perihal atau perbuatan sanggup menerima tang­gungjawab ter­hadap sesuatu, seseorang. pe­­­nang­gungjawab orang yg ber­tanggung­jawab terhadap sesuatu, sese­orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective responsibilitytanggungjawab kolektif/tanggungjawab bersamaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
collective responsibilitytanggungjawab kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Kewajipan yang dipikul secara bersama oleh individu dan perkumpulan individu dalam sesebuah organisasi tertentu. Dalam konteks Malaysia, Jemaah Menteri mempunyai tanggungjawab kolektif kepada Parlimen. Sekiranya seseorang Menteri memihak kepada cadangan pembangkang di Parlimen, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan kerana bertentangan dengan prinsip tanggungjawab kolektif. Tanggungjawab kolektif menetapkan bahawa seseorang Menteri mempunyai kewajipan untuk membela dan mempertahankan segala ketetapan yang dibuat oleh Kabinet di Parlimen.

corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPengurusanPerancanganSuatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka.
legal obligationkewajipan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSegala jenis tanggungjawab undang-undang atau liabiliti. Dalam maksud yang asal, kewajipan undang-undang lebih merujuk kepada tanggungjawab untuk menyelesaikan keberhutangan wang seperti yang dinyatakan di dalam dokumen bertulis yang dimeterai. Kini, kewajipan undangundang digunakan sebagai rujukan kepada perkara yang seharusnya dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh sumpah, kontrak atau undang-undang. Ia merujuk kepada tanggungjawab undang-undang dan tanggungjawab moral yang boleh memberikan tekanan kepada seseorang untuk melaksanakannya atau dihukum kerana cuai melaksanakannya. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kewajipan undang-undang boleh lahir daripada triti yang disertai atau undang-undang adat antarabangsa. Contoh kewajipan undang-undang antarabangsa ialah kewajipan untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap negara lain dan kewajipan untuk tidak mencederakan rakyat negara lain. Mana-mana negara yang melanggar kewajipan undang-undang mempunyai kewajipan undang-undang untuk membuat reparasi (pembetulan) kepada negara terkilan.
corporate responsibilitytanggungjawab korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Kewajipan agensi atau badan swasta membantu pihak kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara. Tanggungjawab korporat merangkumi pelbagai aspek seperti pematuhan undang-undang, merealisasikan dasar kerajaan, menyokong segala usaha dan tindakan kerajaan, membayar cukai dan memberi sumbangan untuk kebajikan. Contohnya, pihak korporat mempunyai tanggungjawab untuk menggembleng tenaga bersama-sama kerajaan menarik pelaburan asing dalam konteks menjana pembangunan ekonomi negara.

الحقوق الزوجيةhak suami isteriAgama IslamFiqhSuami isteri mempunyai hak dan tanggungjawab. Hak bersama, bermesra antara keduanya dan lain-lain. Hak suami (tanggungjawab isteri) taat dan lain-lain. Hak isteri (tanggungjawab suami) nafkah dan lain-lain lagi.
administrative responsibilitytanggungjawab pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

 Kewajipan yang menjadi amanah individu atau kelompok individu dalam sesebuah organisasi bagi melaksanakan hal ehwal tadbir urus. Tanggungjawab pentadbiran melibatkan proses formal yang berpandukan peraturan dan undang-undang tertentu bagi mengelakkan salah tadbir dan penyalahgunaan kuasa. Tanggungjawab pentadbiran merangkumi pelbagai aspek pengurusan organisasi seperti perancangan, pembuatan keputusan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan dan kawalan, hal ehwal kewangan, pengembangan kerjaya serta kebajikan kakitangan. Contohnya, pihak pengurusan bertanggungjawab melaksanakan urusan pelantikan kakitangan, kenaikan pangkat dan pengesahan dalam jawatan.

reputation or image managementpengurusan citra atau reputasiKomunikasiKorporatProses perancangan dan pelaksanaan dasar, prosedur, dan strategi yang menggambarkan penglibatan organisasi terhadap tanggungjawab awam dan tanggungjawab sosial, perlakuan beretika, identiti korporat, citra korporat, dan reputasi organisasi dengan khalayak dalaman atau luaran. Proses ini dirancang dan dilaksanakan melalui amalan komunikasi korporat, seperti perhubungan media, perhubungan kemasyarakatan, pengiklanan korporat, perhubungan pekerja, pengurusan isu, pengurusan krisis, dan penjenamaan. Matlamat utama pengurusan citra atau reputasi adalah untuk mewujudkan rasa hormat khalayak terhadap organisasi dan seterusnya mengekalkan kesetiaan khalayak untuk menyokong barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi.
filing responsibilitytanggungjawab pemfailanPentadbiran PerniagaanTiadaTanggungjawab mengendalikan kerja pemfailan.
effective commandperintah berkesanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKuasa penuh terhadap orang bawahan. Kuasa ini perlu dimiliki oleh seseorang komander tentera terhadap orangorang bawahannya, atas prinsip tanggungjawab perintah, iaitu tanggungjawab untuk menghalang orang-orang bawahannya daripada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, atau gagal menghukum mereka yang melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan.
12345678910...

Kembali ke atas