Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
caci[tSA.tSi]kata namatangkai atau tempat memegang kemudi (tongkang, kapal layar dan lain-lain), tangkai kemudi.Tongkang tu tak dapat belayaq pasai caci dia patah.[toN.kAN tu tA/ dA.pAt b«.lA.jAâÖ pA.sAj tSA.tSi di.jA pA.tAh]Tongkang itu tidak dapat belayar kerana tangkai pemegang kemudinya patah.
nanyam[nA.øAm]kata namagadar cangkul, tangkai cangkul.Cangkoi hang tu nanyam dia hang beli ka hang buat kediri ka.[tSAN.koj hAN tu nA.øAm di.jA hAN b«.li kA hAN bu.wAt k«.di.Òi kA]Gadar cangkul engkau itu dibeli atau dibuat sendiri.

Kembali ke atas