Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tajak[tA.dZA/]kata namasejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit.Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak.[kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/]Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak.

Kembali ke atas