Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
antaranya termasuk- lah oren manis (Citrus sinensis), oren masam (Citrus aurentium), limau gedang (Citrus paradisi), lemon (Citrus limon), dan limau nipis (Citrus aurantifolia). Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun ringkas dan tangkai yang biasanya bersayap. (BIO) cladistic distance (jarak kladistik) Ukuran untuk menentukan kedekatan dua spesies mengikut jumlah cabangan antara mereka dalam rajah pohon genetik. (BIO) Clarkʼs test (ujian Clark) Lihat calcium tersebut ialah kepanasan, kebengkakan kesakitan dan kemerah-merahan. (BIO, UBAT) inflammatory arthropathy (artropati inflamasi) Penyakit sendi yang berpunca daripada inflamasi. (UBAT) inflorescence (infloresens) 1. Segugus bunga yang terdapat pada satu tangkai. 2. Pucuk bunga. (BIO) inflow (aliran masuk) Air yang mengalir masuk ke dalam akuifer, ruas sungai, tasik, waduk atau sebarang tempat. (HID) influenza (influenza) Penyakit berjangkit yang teruk, melibatkan bahagian

Kembali ke atas