Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tangkaitangkaiKerisTiadaLihat paksi.
tangkaitangkaiKerisTiadaLihat paksi.
brainstemtangkai otakVeterinarPraklinikalBahagian otak berbentuk tangkai yang menyambungkan hemisfera serebrum dengan korda spina. Tangkai otak ini terdiri daripada mesensefalon; pons dan medula oblongata. Diensefalon juga dianggap sebahagian daripada tangkai otak. Bahagian otak ini dikenali juga sebagai truncus encephalicus.
ikat bunga silangikat bunga silangKesenianTiadaIkatan penguat yang digunakan untuk mengikat tangkai pada tangkai bakul bingkai.
paksipaksiKerisTiadaBahagian keris yang terletak di bahagian pangkal dan berbentuk bulat kecil dan berfungsi sebagai tangkai. Sin: puting. tangkai.
handle pullinglurut tangkaiKejuruteraanTiadaTeknik membentuk tangkai dengan menyepit dan mengurut gumpalan lempung dengan jari.
button thread shankbutang tangkai benangKesenianTiadaTangkai butang yang diperbuat daripada lilitan benang sebagai penegak butang.
ansae of Saturntangkai ZuhalMatematikTiadaBahagian gelang yang paling hujung yang kelihatan seperti tangkai pada planet ini.
petioled buddingcantuman tunas berpetiolPertanianAgronomi

Teknik cantuman menggunakan tangkai atau pelepah daun baru yang disisipkan pada ketiak daun pokok penanti. Kelaran secara melintang dan menurun dibuat sedikit pada ketiak daun bagi menyelitkan tangkai daun yang diruncingkan hujungnya. Setelah sisipan dibuat, kedua-dua tangkai daun dan pokok penanti diikat selama sebulan menggunakan tali pita bagi mengelak terkena air. 

pedunclepedunkelBiologiHistologi dan Sitologi1. Tangkai infloresens. 2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak. 3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap. 4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod.
12345678910...

Kembali ke atas