Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kap] | تڠکڤ

Definisi : ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg ber­gerak cepat dll (dan tidak melepaskan­nya), me­m­erangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku­-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengam­­bil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg ter­sembunyi; 6. menerima atau dapat menger­ti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menang­gap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, me­nangkap banyak-banyak, banyak yg ditang­kap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertang­kap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kap] | تڠکڤ

Definisi : ; ~ angin (wap) bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. ~ gambar bp mengambil gambar. ~ muat bp mengambil mana-mana yg ada (sempat) sahaja. menangkap 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perang­kap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. menangkapi menangkap beberapa (banyak) kali atau banyak yg ditangkap: ~ orang jahat. menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain. tertangkap sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. tangkapan sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. penangkapan hal atau perbuatan menangkap. penangkap 1 orang yg menangkap: ~ ikan nelayan. 2 alat utk menangkap: ~ suara alat yg menerima suara dan menyiarkannya semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Yam Tuan pergi ke rimba,
     Tangkap merbuk pandai berlagu;
Janganlah tuan mencabar hamba,
     Takut penumbuk hinggap ke dagu.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capture-recapture methodkaedah tawan semula HUT), kaedah tangkap-lepas-tangkapKependudukanTiadaTiada
two shottangkap duaKomunikasiTiadaTangkapan yang memperlihatkan dua subjek di dalam satu bingkai. Biasanya, tangkapan ini dibuat dengan menggunakan teknik tangkap dekat atau tangkap dada.
bi-pack printingteraan dwi-pakKomunikasiTiada1. Proses membuat salinan filem yang digunakan dalam teknik tangkap tindan. Lihat juga: tangkap tindan. 2. Proses membuat dedahan berulang pada sesuatu imej dengan cara dua imej yang sama dicetak secara serentak.
mid shottangkap tengahKomunikasiTiadaLihat: tangkap sederhana.
detail shottangkap rapiKomunikasiTiadaLihat: tangkap rapat.
long shottangkap jauhPendidikanTiada2. Tangkap jauh: Kaedah menangkap gambar atau objek dari jarak jauh.
running shottangkap terusPendidikanTiada2. Tangkap terus: Kaedah menangkap gambar pada kadar yang sama dengan gerakan subjek dalam penerbitan filem atau televisyen.
close-up lenskanta tangkap dekatPendidikanTiadaKanta untuk mengambil gambar atau imej tangkap dekat atau menyalin gambar.
medium shottangkap sederhanaKomunikasiTiadaTangkapan yang menunjukkan pelakon daripada bahagian pinggang hingga ke bahagian atas. tangkap tengah.
pack shottangkap penuhKomunikasiTiadaTangkapan paling rapat pada sesuatu subjek. Teknik ini selalu digunakan dalam filem iklan. Lihat juga: tangkap padat.
12345678910...

Kembali ke atas