Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.lung] | تڠلوڠ

Definisi : C lentera kertas, teng: beberapa dian dan kandil ~ tergantung pd penjuru peseban itu; ~ berjentera tanglung yg sentiasa berputar-putar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.lung] | تڠلوڠ

Definisi : Br bahagian alat tenun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.lung] | تڠلوڠ

Definisi : lampu yg bertutup dgn kertas dll; lentera kertas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanglung (kata nama,)
Bahasa Asal :Cina
Bersinonim dengan teng, lampu kertas, lentera, lampion, loleng.,

Puisi
 

Apa guna pasang pelita,
     Pasang tanglung cerah lagi;
Apa guna bermain cinta,
     Ambil langsung puas hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANGLUNG LABU

Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan

kepada labu kosong yang mata, hidung, dan

mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu

biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari

Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu

ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang

seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini

juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap

bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah

berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai

tanglung labu.

Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen.

UMUM 

Kembali ke atas