Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.si] | تڠسي

Definisi : 1. asrama (polis, tentera), berek: kira-kira setengah jam kemudian sampailah mere­ka ke ~ polis; anak ~ anak serdadu; 2. ark bp penjara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.si] | تڠسي

Definisi : = tali ~ tali yg dilumas dgn lilin (utk tali kail dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.si] | تڠسي

Definisi : asrama tempat tinggal anggota polis atau tentera; berek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tang.si] | تڠسي

Definisi : , = tali ~ tali yg disapu dgn lilin utk dijadikan tali kail dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangsi (kata nama)
Bersinonim dengan asrama, bedeng, tempat tinggal, berek.,

Puisi
 

Anak Cina berbaju tangsi,
     Pakai baju dengan kainnya;
Saya ini banyak yang benci,
     Sampai masa berguna jua.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tahu, bilakah istilah padanan rasmi bagi String Theory akan dimasukkan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)? Terlalu banyak terjemahan yang digunakan untuk memerihalkan String Theory dalam bahasa Melayu seperti Teori Tetangsi, Teori Dawai, Teori Tetali dan Teori Rentetan. Tanpa adanya istilah rasmi dalam PRPM, susahlah untuk ahli sains Malaysia untuk menulis berkaitan topik ini kerana tiada penggunaan seragam bagi String Theory. Bolehkah saya mencadangkan Teori Tetangsi dijadikan istilah rasmi kerana istilah lain kurang tepat. Dawai boleh disalah tafsir menjadi Wire Theory, Teori Tetali terlalu umum dan boleh membawa maksud tali yang tebal (rope) dan Teori Rentetan mungkin boleh disilap terjemah sebagai Sequence Theory. Teori Tetangsi merupakan perihalan yang agak baik buat masa kini kerana terbentuk daripada gandaan separa perkataan tangsi yang membawa maksud tali yang dilumas dengan lilin (untuk tali kail dan lain - lain). Tali tangsi halus sesuai untuk perihalkan teori ini yang ada penggunaan objek satu dimensi yang "halus".Istilah yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479161/21479165.Istilah25.01.2017

Kembali ke atas