Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.ja/] | تنجق

Definisi : 1. sj destar, tengkolok: Anjang me­ma­kai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (me­ngan­jur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesem­patan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan me­nuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka men­daki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, mem­bawa naik, menaikkan: dia ~ layar pera­hunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ja/] | تنجق

Definisi : 1. cocok, padan, sesuai; 2. gaya (tubuh badan), tokoh, watak: cincin ini diusul periksa sbg isyarat menyiasat rupa dan roman tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;bertanjak bergaya, berpadanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ja/] | تنجق

Definisi : kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanjak
1. Bersinonim dengan tengkolok
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan tirus
(adjektif:)

Kata Terbitan : bertanjak, menanjak, menanjakkan, tanjakan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lajjuk Bj Sptanjak.Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak).Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
porong Bj Spdastar.Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak).Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mandapon Irhiasan pakaian mereka yg menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.Darangan Sumagayan’ tarian lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirisip, *sinisip* Irmahkota yang dipakai oleh penari perempuan atau pengantin perempuan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.Darangan Sumagayan’ Tarian LagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
malboro Irsejenis pakaian lelaki atau perempuan yg menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.Darangan Sumagayan’ tarian lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bobotolan Irpakaian yang dipakai oleh penari lelaki/perempuan sewaktu menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.“Darangan Sumagayan’ Tarian LagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbon Bj, Slbaju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alal bimbang Slbaju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian Kaum Suluk Diminati RamaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas