Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll): ~-~ yg datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;menanjung 1. menganjur ke laut spt tan­jung, nampak spt tanjung; 2. belayar me­nyusur tanjung: maka Batin Singapura pun keluar dgn tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan; tanah ~ semenanjung, jazirah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, Mimo­sops elengi; pohon ~ sj tumbuhan (pokok), sauh, sawa, Manilkara kauki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : hujung tanah yg menganjur ke tengah laut (sungai dll). menanjung 1 kelihatan spt tanjung; menganjur ke laut dsb spt tanjung. 2 belayar sepanjang tanjung atau menyusur tanjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : , = bunga ~ nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(133)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANJUNG AGULHAS

Tanjung Agulhas ialah tempat paling selatan

benua Afrika. Tanjung ini terletak di Tanjung

Province, Afrika Selatan, kira-kira 150 kilometer ke

timur Tanjung Harapan dan kira-kira 50 kilometer ke

selatan. Untuk lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta

rupa bumi).

UMUM 
TANJUNG HATTERAS

Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah

yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang

menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung

ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur

pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat

Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya

bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan

Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan

stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal

supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras

National Seashore terletak di Tanjung Hatteras.

UMUM 
TANJUNG

Tanjung ialah kawasan bumi yang menonjol ke

arah laut, tasik, atau lautan. Tanjung yang biasanya

terbentuk pada bahagian hujung pulau dan benua,

juga dikenali sebagai tanjung tinggi. Air yang

mengelilingi pesisiran tanjung biasanya bergelora,

dan ini menyulitkan pelayaran.

UMUM 
TANJUNG HARAPAN

Tanjung Harapan ialah sebuah semenanjung di

Afrika Selatan. Ia terletak lebih kurang 160 kilometer

ke barat laut Tanjung Agulhas, hujung bahagian

paling selatan Afrika. Tanjung ini menganjur ke

selatan dari Pergunungan Table yang menaungi

bandar Cape Town. Penduduk Afrika Selatan

menyebut semenanjung ini Cape Peninsula . Hujung

bahagian selatan semenanjung ini mereka namai

Cape Point. Semenanjung ini membentuk bahagian

pinggir barat Teluk False. Tanjung Harapan terkenal

dengan pemandangan yang amat indah serta pantai

yang cantik.

UMUM 
TANJUNG HORN

Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan

Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan

kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli

pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar

asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur

jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa

tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan

kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang

sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap

dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang

apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak

daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya

menggunakan Terusan Panama.

UMUM 
TANJUNG TINGGI WILSON

Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah

besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di

bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat

Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah

sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang

yang mempunyai beberapa puncak yang

ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut.

Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe,

Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard,

Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung

Hunter.

UMUM 
TELUK

Teluk ialah sebahagian daripada laut, tasik, atau

kumpulan air yang sama yang membentuk satu

lekuk di garis pesisir dan disempadani oleh

tanjung atau tanjung tinggi. Teluk biasanya terjadi

apabila paras air bagi sesuatu kumpulan air naik

melebihi paras tanah yang bersebelahan dan

menenggelamkannya.

UMUM 
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TANJUNG COD

Tanjung Cod lihat Cape Cod.

UMUM 
TANJUNG PUTERI

Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan

pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang

terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan

Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18,

berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap

kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas