Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll): ~-~ yg datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;menanjung 1. menganjur ke laut spt tan­jung, nampak spt tanjung; 2. belayar me­nyusur tanjung: maka Batin Singapura pun keluar dgn tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan; tanah ~ semenanjung, jazirah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, Mimo­sops elengi; pohon ~ sj tumbuhan (pokok), sauh, sawa, Manilkara kauki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : hujung tanah yg menganjur ke tengah laut (sungai dll). menanjung 1 kelihatan spt tanjung; menganjur ke laut dsb spt tanjung. 2 belayar sepanjang tanjung atau menyusur tanjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tan.jung] | تنجوڠ

Definisi : , = bunga ~ nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(133)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga tanjungbunga tanjungKesenianTiada1. Motif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga tanjung.
kelarai bunga tanjungkelarai bunga tanjungKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga tanjung.
capetanjungGeologiTiadaTanjung tinggi atau tanjung tinggi berbatu yang bersaiz besar yang mengunjur ke laut.
headland-to-headland linegaris tanjung tinggi ke tanjung tinggiGeografiTiadaTiada
promontorytanjung tinggiGeografiTiadaTanjung tinggi batuan yang mengunjur agak ketara ke laut.
promontorytanjung tinggiGeologiTiadaTanjung tinggi batuan yang mengunjur agak ketara ke laut.
headland beachpantai tanjung tinggiGeografiTiadaSebuah pantai yang terbentuk di kaki sebuah tanjung tinggi dan kelihatan pada air surut.
promontory fortkubu tanjung tinggiSejarahTiadaKawasan atau tempat pertahanan diri di puncak bukit, hujung tanjung atau tebing tinggi yang dibina sepanjang hujung sesebuah semenanjung.
Mimosops elengitanjungHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sapotaceae yang dikenali juga sebagai mengkular atau bunga tanjung. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan tumbuh liar di kawasan tanah pamah atau ditanam sebagai perhiasan dan teduhan. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan tepinya beralun. Bunganya kecil, tumbuh tunggal atau dalam jambak yang kecil. Kelopak bunga berwarna putih dan berbau wangi. Akarnya digunakan sebagai ramuan tonik herba. Biji dan bunganya dilumatkan dan ditelan untuk merawat sembelit dan cirit-birit. Air rebusan daun diminum untuk merawat sakit kepala. Asap daun yang dibakar, dihidu untuk merawat resdung dan asma. Air rebusan kulit batang dibuat kumur untuk menguatkan gigi dan gusi, merawat sakit kerongkong, demam panas dan cirit-birit. Serbuk kulit boleh digunakan untuk merawat penyakit reumatik. Kulit yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat kulit yang gatal dan jerawat. Bunganya boleh dibuat hiasan kepala atau pewangi di dalam almari. Minyak pati bunganya boleh dibuat minyak pelita dan kulitnya digunakan sebagai bahan samak.
headlandtanjung tinggiSains MarinTiadaBentuk bumi yang terbentuk secara semula jadi yang menganjur ke laut dan mempunyai ciri-ciri seperti kawasan tinggi, pantai berbatu, tempat ombak berpecah, hakisan yang kuat dan tebing laut yang sangat curam. Tanjung tinggi dan teluk biasanya dijumpai pada garisan pantai yang sama.
123456

Kembali ke atas