Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.pa] | تنڤا

Definisi : dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.pa] | تنڤا

Definisi : dgn tiada; tidak dgn: ~ haba dan cahaya matahari, tidak ada tumbuh-tumbuhan yg dpt hidup di bumi ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanpa

Puisi
 

Kayu hidup dimakan api,
     Sayang senduduk tanpa berbunga;
Pada hidup baik kumati,
     Kalau kuhidup apa gunanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti benang putih.

Bermaksud :

Menurut tanpa membantah.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Wujudkah kata ganda bagi perkataan tanpa? Contoh: tanpa-tanpa Sekian terima kasih!Tidak ada kata ganda untuk kata sendi "tanpa".Tatabahasa03.06.2020
Apakah kategori perkataan "tanpa" Contoh: Dia melaksanakan tugas itu tanpa masalah. Adakah "tanpa" ialah Kata Sendi atau Kata Hubung? Sekian, terima kasih.

Puan Masitah,

Dalam ayat yang dikemukakan perkataan "tanpa" ialah kata sendi.

Tatabahasa05.02.2010
Assalamualaikum Tuan @ Puan di talian, Apakah kelas kata bagi perkataan "tanpa" Adakah perkataan "tanpa" merupakan kata sendi nama atau kata keterangan? Terima kasih.Menurut data kami, perkataan "tanpa" merupakan kata nafi.Lain-lain23.10.2019
Bolehkah perkataan "non-addition" dipadankan dengan "ketidaktambahan"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "non-addition" ialah Tanpa tambahan/tanpa penambahan atau bukan tambahan/bukan penambahan mengikut kesesuaian konteks.Istilah28.05.2021
1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di  Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.Makna22.07.2009
BM translate of Beverage with "no coloring" should be "Tanpa perwarna" OR "Tanpa warna"?

Terjemahan yang tepat bagi “no colouring” ialah “tanpa pewarna”. Contohnya, “food colouring” bermaksud pewarna makanan (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Penyemakan dan penterjemahan04.06.2020
Apa Perbezaan Tanpa dan Tampa?Tanpa bermaksud dengan tiada dan tampa dalam frasa salah tampa bermaksud salah sangka.Makna20.06.2013
APAKAH MAKSUD " TANPA PREJUDIS"Maksud tanpa prejudis ialah tidak ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb.Makna18.03.2009
Bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP membuat semakan penggunaan terjemahan yang betul bagi perkataan ini :- Chicken Boneless Leg -DBP Translation: KAKI AYAM TANPA TULANG -Proposed: SAPAHA PENUH AYAM TANPA TULANG Skinless Boneless Leg -DBP Translation: KAKI AYAM TANPA KULIT DAN TULANG -Proposed: SAPAHA PENUH AYAM TANPA KULIT DAN TULANGTerjemahan yang dicadangkan ialah:
Chicken Boneless Leg - ayam sepaha tanpa tulang
Skinless Boneless Leg - daging sepaha tanpa tulang dan kulit
Penyemakan dan penterjemahan07.07.2015
Salam tuan, Saya ingin membuat kependekan bagi perkataan berikut: 1. halaman: hal. atau hlm. Yg mana lebih tepat? 2. tanpa tarikh: t.t. atau ..... Mohon cadangan? 3. tanpa penerbit: t.p. atau ..... Mohon cadangan? 4. tanpa tempat penerbit: t.t.p. atau ..... Mohon cadangan? 5. tanpa pengarang: ??? Mohon cadangan? Terima kasih dan salam. SiblyTidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya merujuk perkataan yang biasa digunakan dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan hlm. untuk halaman. Walau bagaimanapun untuk perkataan yang jarang digunakan atau penggunaannya terhad dalam konteks tertentu perlulah dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan seperti ungkapan 'tanpa tarikh' dan 'tanpa penerbit'.Tatabahasa07.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas