Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.pa] | تنڤا

Definisi : dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.pa] | تنڤا

Definisi : dgn tiada; tidak dgn: ~ haba dan cahaya matahari, tidak ada tumbuh-tumbuhan yg dpt hidup di bumi ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanpa

Puisi
 

Kayu hidup dimakan api,
     Sayang senduduk tanpa berbunga;
Pada hidup baik kumati,
     Kalau kuhidup apa gunanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti benang putih.

Bermaksud :

Menurut tanpa membantah.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyong[øN]kata kerjaberedar tanpa menoleh ke kiri atau kanan disebabkan oleh sesuatu (seperti merajuk, marah dan lain-lain)Dia rasa malu kot, tu yang dia nyong balek tak tegoq sapa.[di.jA ÒA.sA mA.lu kot tu jAN di.jA øN bA.le tA t«.go)Ö sA.pA]Agaknya dia berasa malu, sebab itu dia nyong balik tidak bertegur sapa.
balaih[bA.lAC]kata kerjamengambil tanpa izin.Depa balaih habeh laok, orang belakang tak dan.[dE.pA bA.lAC hA.beh lAo o.ÒAN b«.lA.kAN tA dAn]Mereka mengambil habis lauk, orang belakang tidak sempat.
belah daen[b«.lAh dAen] membelah dua tanpa putus pada bahagian belakang kepala ikan hingga ke ekor, biasanya untuk dikeringkan atau dipanggang.Hang belah daen ikan ruan hat mati tu buat kerin.[hAN b«.lAh dAen i.kAn Òu.wAn hAt mA.ti tu bu.wAt k«.Òin]Kamu belah daen ikan haruan yang mati untuk dikeringkan.
wang-wing[wAN-kata kerjaberjalan mundar-mandir tanpa tujuanHang kalu dok wang-wing kat Komtar dapat apa?[hAN kA.lu do wAN-.wiN kAt kom.tAr dA.pAt A.pA]Awak kalau asyik wang-wing di Komtar dapat apa?
baju praq[bA.dZu pÒA)Ö] baju T tanpa kolar, berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Aku bawak tiga lai saja baju praq masa pi Mekah.[A.ku bA.wA/ ti.gA lAj sA.dZA bA.dZu pÒA)Ö mA.sA pi m«.kAh]Saya bawa tiga helai sahaja baju praq semasa pergi ke Mekah.
rempang I[Ò«m.pAN]kata kerjamelakukan sesuatu tanpa berfikir dan boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lainJangan rempang kalu bawak moto dalam kampong.[dZA.NAn Ò«m.pAN kA.lu bA.wA/ m.t dA.lAm kAm.poN]Jangan membahayakan diri kalau menunggang motorsikal dalam kampung.
loi[loj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang pulang tanpa sesuatu (seperti barang atau kejayaan)Pi belajaq sampai luaq negeri, balek loi.[pi b«.lA.dZA)Ö sAm.pAj lu.wA)Ö n«.g«.Òi bA.le/ loj]Pergi belajar hingga keluar negeri, pulang tidak membawa apa-apa kejayaan.
kasut serelom[kA.sut s«.Ò«.lom] kasut yang dipakai tanpa perlu mengenakan tali, pin atau butang.Kalu pi reja, cek suka pakai kasut serelom.[kA.lu pi Ò«.dZA tSE/ su.kA p­A.kAj kA.sut s«.Ò«.lom]Kalau pergi kerja, saya suka pakai kasut serelom.
kancin praq[kAn.tSin pÒA)Ö] baju T berbutang tiga tanpa kolar berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi.[to/ wAn pA.kAj bA.dZu kAn.tSin pÒA)Ö d«.NAn kot tSEn.doj]Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.
dereluih[d«.Ò«.luC]kata kerjamenembusi atau memasuki sesuatu tanpa disengajakan berkenaan lantai, dinding, lubang, lopak dan lain-lainKaki anak aku dereluih lopak masa dia lari kat rumah tok.[kA.ki A.nA A.ku d«.Ò«.luC lo.pA mA.sA di.jA lA.Òi kAt Òu.mAh to]Kaki anak saya memasuki lopak masa dia lari di rumah nenek.
12

Kembali ke atas