Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.pa] | تنڤا

Definisi : dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.pa] | تنڤا

Definisi : dgn tiada; tidak dgn: ~ haba dan cahaya matahari, tidak ada tumbuh-tumbuhan yg dpt hidup di bumi ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanpa

Puisi
 

Kayu hidup dimakan api,
     Sayang senduduk tanpa berbunga;
Pada hidup baik kumati,
     Kalau kuhidup apa gunanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti benang putih.

Bermaksud :

Menurut tanpa membantah.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM 
MIMOS

Mimos ialah berlakon tanpa kata-kata. Perkataan

bahasa Inggeris mime berasal daripada perkataan

Yunani yang bermaksud semua mimik. Mimos

biasanya merujuk suatu lakonan pendek yang tidak

menggunakan perkataan. Pelakon bercerita dengan

menggunakan gerak isyarat. Mimos terkenal pada

tahun 1700-an dan tahun 1800-an.

UMUM 
NITRUS OKSIDA

Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau

yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk

membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah

ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih

dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas

menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi

seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan

keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang

secukupnya disedut.

UMUM 
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
TARBUS

Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi

dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada

sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di

Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan

dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri

merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini,

warna ini dapat dihasilkan daripada bahan

pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez,

Maghribi.

UMUM 
PENDAKWAAN NIAT JAHATPendakwaan berniat jahat terhadap seseorang tanpa sebab dan kebarangkalian yang munasabah.UNDANG-UNDANGKonsep
ZINAPersetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak.AGAMAKonsep
KUTU

Kutu ialah serangga kecil tanpa sayap yang hidup

pada burung dan mamalia, termasuk manusia. Kutu

ialah parasit yang mendapat makanan daripada

haiwan tempat ia tinggal. Haiwan ini dikenali

sebagai perumah. Kutu menyebabkan rasa gatal

yang teruk dan boleh menyebarkan penyakit.

UMUM 
KLOROFORM

Kloroform ialah sejenis cecair pekat tanpa

warna yang digunakan sebagai pelarut dalam

menghasilkan farmaseutikal, pencelup, dan racun

serangga. Kloroform juga digunakan sebagai

bahan awal untuk menghasilkan fluorokarbon (lihat

Fluorokarbon).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas