Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar apa yg diturunkan oleh Tuhan (spt al-Quran dll), wahyu; ilmu ~ ilmu yg diberi khusus kpd rasul-rasul utk disampaikan kpd umat mereka; mentanzilkan menurunkan (al-Quran dll): ayat-ayat al-Quran yg ditanzilkan di Mekah; tanzilan (sesuatu) yg ditanzilkan: ayat-ayat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanzil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AL-QUR'AN

Al-Quran, kitab suci agama Islam. Al-Quran juga mempunyai nama yang lain seperti al-Furqan, al-Kitab, al-Zikr, al-Nur, al-Tanzil dan al-Bayyinah.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL

Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia

pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan

ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat.

Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya

iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi

tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al-

Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada

zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy

dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang

ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan

ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam

bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir.

Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya

Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah

kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang

diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan

tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di

negeri Izaj berdekatan Asbahan.

UMUM 

Kembali ke atas